Eksekutif Ditahan Kerana Disyaki Liwat Pelajar – mStar


Eksekutif Ditahan Kerana Disyaki Liwat Pelajar

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang eksekutif sebuah syarikat pada Jumaat lepas, kerana disyaki meliwat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 40 tahunitu ditahan di Lumut, Perak susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dikatakan berlaku pada 8 Februari itu, oleh guru kaunseling sekolah anak mereka.

“Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Brickfields itu mengenali suspek melalui laman sosial Facebook dan dipercayai terpedaya dengan ajakan lelaki itu (untuk bertemu),” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Mohmad berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasatmengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Katanya, suspek juga disyaki melakukan perbuatan sama terhadap tiga rakan mangsa dan polis meminta individu berkenaan tampil membuat laporan polis.

Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi suspek adalah mendekati mangsa dengan menghadiahkan barangan kesukaan mereka sebelum dibawa ke hotel. РBERNAMA

Pengurus besar syarikat GLC ditahan kerana dipercayai liwat pelajar – Berita Harian


Pengurus besar syarikat GLC ditahan kerana dipercayai liwat pelajar

2013/02/27 – 14:52:31 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus besar sebuah syarikat GLC ditahan kerana dipercayai meliwat empat pelajar sebuah sekolah menengah, minggu lalu.

Suspek yang berusia 40-an dan sudah berkahwin itu ditahan di Lumut, Perak susulan dari laporan polis yang dibuat pada 8 Februari lalu oleh ibu salah seorang dari mangsa.