Pekerja kilang dituduh rogol – Sinar Harian


Pekerja kilang dituduh rogol
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Julai 2012
AYER KEROH – Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan satu, tahun lalu.

Shahruddin Ramli, 37, dari Pengkalan Rama Pantai membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, Shahruddin didakwa merogol seorang perempuan berusia 13 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Duyong pada jam 9.10 malam, awal April 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menanggung keluarga. Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada 16 Ogos depan.

Dilari angkara cemburu – Metro


Dilari angkara cemburu

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Ibu Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang diculik kelmarin, mengesyaki dengki serta cemburu menjadi punca anak sulungnya itu dilarikan dua lelaki dan seorang perempuan ketika dalam perjalanan pulang bersama dua adiknya dari kedai telekomunikasi, 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, petang Ahad lalu.

Nor Mala Mohd Lazin, 33, berkata, pada jam 2 pagi semalam, dia dihubungi lelaki dikenali memaklumkan Nur Fatihah yang lebih mesra dipanggil ‘kakak’, selamat.

Katanya, lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu memberitahu dia dihubungi remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga dikenali keluarganya, memaklumkan Nur Fatihah kini di rumah ibu angkat seorang daripada individu yang melarikannya.

“Namun dia enggan memberitahu di mana rumah itu dan ibu angkat siapa yang menimbulkan tanda tanya kami,” katanya.

 
Menurutnya, dalam perbualan selama dua jam itu, dia juga dimaklumkan remaja perempuan berkenaan memberitahu lelaki itu dia sakit hati dengan Nur Fatihah yang baru tiga bulan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, di sini.

‘Lelaki tarik kakak’ – Metro


‘Lelaki tarik kakak’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Azlina Zulkifli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.
SEDIH…Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.

KUANTAN: ‘Baby…tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

 
“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Pelajar perempuan hilang ketika beli kad prabayar – Berita Harian


Pelajar perempuan hilang ketika beli kad prabayar

2012/03/19

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga hilang dipercayai dilarikan tiga individu tidak dikenali ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah premis kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini petang semalam.

Mangsa, Siti Nurfatihah Mahadi, 15, keluar ke premis berhampiran kira-kira jam 3 petang bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing 11 tahun, sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu.