Berubah lepas didera kekasih – Metro


Berubah lepas didera kekasih

 0  0 Google +0  0  0

Bayan Lepas: Pengalaman pahit disihir, dibelasah dan dikurung ‘teman lelaki’, menjadi titik tolak kepada Mohd Khariri Ramli, 35, atau Erin untuk kembali menjadi lelaki sejati dan meninggalkan dunia mak nyah yang penuh noda.

Mohd Khariri berkata, ketika menjadi mak nyah dia bukan saja ada teman lelaki, malah mereka tinggal bersama seolah-olah suami isteri selama hampir setahun.
“Mula-mula bersama memanglah bahagia, tapi lama kelamaan saya hanya menjadi mangsa belasahannya hingga cedera teruk dan separuh mati.

 

“Daripada situlah saya mula terfikir untuk bertaubat kerana mula sedar teman lelaki saya hanya mengambil kesempatan dan menggunakan saya untuk kepentingan dirinya,” katanya.
Menurutnya, kejadian dia dibelasah dan dikurung teman lelakinya berlaku 10 tahun lalu yang mengakibatkan batang hidung plastik yang digunakannya untuk kelihatan cantik patah, berulat dan terpaksa dibuang.
“Keadaan saya ketika itu cukup sengsara kerana turut disihir menggunakan bomoh Siam dan banyak duit saya dikikisnya,” katanya.

 

Mohd Khariri yang bertugas sebagai guru di Selangor, menceritakan pengalaman pahitnya itu ketika ditemui Harian Metro pada Program Perkhemahan Muhibah 2013 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini, baru-baru ini.
Program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Yayasan Ihtimam Malaysia, dihadiri 30 mak nyah sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

 

Mohd Khariri berkata, berikutan kesengsaraan yang dialami dia seperti tersedar daripada mimpi dan mula memikirkan sampai bila dia akan berkeadaan sebegitu.
“Bermula detik itu, saya tekad meninggalkan dunia mak nyah peringkat demi peringkat. Mula-mula insaf lapan tahun lalu, saya masih berpakaian wanita, tapi mula kurangkan pergaulan dan aktiviti dengan kawan mak nyah.
“Kira-kira empat tahun lalu, baru saya ubah terus penampilan dengan berpakaian seperti lelaki dan mendapatkan bimbingan serta rawatan daripada ahli agama di Tanjung Rambutan, Perak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28

Bapa dakwa anak dipaksa mengemis – Kosmo


Bapa dakwa anak dipaksa mengemis

 

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

 

SALAH satu restoran yang didakwa tempat Dayah dipaksa mengemis di Puchong Perdana dekat Kuala Lumpur sejak diculik pada 1 Disember lalu.

 

KUALA LUMPUR – Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang dilarikan seorang pelesit rempit sebelum ditemui dikurung di dalam bilik hotel di Jalan Tun Razak di sini kelmarin dipaksa menjadi pengemis oleh satu sindiket yang didalangi mak nyah bergelar Umie.

Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, mendakwa, maklumat itu diperoleh selepas dia memujuk anaknya, Raja Nor Hidayah, 16, atau Dayah untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku sepanjang dia dilarikan.

Dakwanya, Dayah bersama dua lagi gadis dipaksa menjadi pengemis di gerai makan dan pasar raya di sekitar Puchong Perdana, Subang serta Damansara, Selangor dan mereka mampu memperoleh sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sehari. Dua gadis itu turut ditemui dikurung di dalam bilik hotel tersebut.

“Saya dimaklumkan, anak saya dan dua gadis itu dibawa menaiki teksi ke lokasi berkenaan untuk mengemis.

“Ketika mengemis, mereka membawa sekeping kertas tertera gambar seorang wanita berbadan gempal yang kononnya memerlukan derma bagi mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya,” dakwanya sambil memberitahu gambar itu merupakan gambar Umie, 50-an, yang merupakan dalang sindiket tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2EhxwM0Ge
Hakcipta terpelihara

Program mak nyah ceramah HIV di sekolah – Kosmo


Program mak nyah ceramah HIV di sekolah

SEBAHAGIAN pelajar mendengar ceramah sempena program Manisnya Menjadi Gadis di SMK Convent Sentul, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran (KPM) buat pertama kalinya menganjurkan program kesedaran mengenai bahaya HIV dengan membawa mak nyah memberi ceramah di sekolah-sekolah.

Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM, Jevanartham Baby berkata, program yang bertemakan Manisnya Menjadi Gadis itu juga merupakan serampang dua mata pihaknya bagi membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

“Program ini turut menjemput seorang mak nyah yang hanya mahu dikenali sebagai Maligai yang kini penghidap HIV bagi menceritakan pengalaman kepada pelajar tentang keburukan akibat masalah sosial,” ujarnya ketika ditemui semasa program itu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.