‘Pil Ajaib’ Dipromosi Di Sekolah – mStar


‘Pil Ajaib’ Dipromosi Di Sekolah

Oleh PRIYA KULASAGARAN

 

Bungkusan ‘pil ajaib’ yang didakwa boleh menjadikan pelajar lebih bijak.

 

PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di beberapa negeri telah ‘dipromosikan’ dengan pil yang kononnya boleh membuatkan pelajar lebih bijak.

Promoter pil tersebut turut mendakwa pil tablet pintar yang dinamakan Dimensi 108 yang dipasarkan sebagai makanan tambahan boleh mengubah tingkah laku kanak-kanak untuk menjadikan mereka lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.

Ibu bapa yang prihatin dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur menghubungi The Starapabila pil tablet itu diedarkan kepada murid-murid darjah 6 awal minggu ini dengan berkata anak-anak mereka dipaksa untuk membeli pil tersebut.

Salah seorang ibu bapa murid di sekolah itu berkata, dia telah meminta anak perempuannya supaya memulangkan pil tersebut kepada guru kelasnya dan enggan membayar pil berkenaan.

“Apabila anak perempuan saya dan beberapa rakan-rakannya memulangkan pil tersebut, guru tersebut memberitahu mereka untuk tidak menyalahkannya jika mereka tidak pandai dalam UPSR (yang akan bermula 9 Septemer).

“Bolehkah anda mempercayainya? Guru itu sepatutnya menggalakkan murid-murid supaya berusaha keras untuk peperiksaan mereka dan tidak bergantung kepada pil-pil tertentu,” katanya kepada The Star.

Seorang lagi pengadu yang adiknya belajar di sekolah tersebut telah membuat aduan bertulis kepada Kementerian Kesihatan.

“Seorang pegawai kementerian memberitahu saya bahawa mereka akan meneliti perkara itu dan saya telah menghantar gambar bungkusan pil yang tertera logo kementerian tertera di atasnya.

“Saya berharap mereka akan meneliti perkara ini dengan segera kerana kami perlu tahu sama ada produk itu sah atau tidak,” katanya.

Guru besar sekolah tersebut berkata ibu bapa telah salah faham mengenai pil berkenaan dan ia tidak diwajibkan kepada murid-murid untuk dibeli.

“Kami tidak akan mempromosikan benda tidak baik kepada murid-murid…ia seperti makanan tambahan herba untuk membantu mereka fokus dan membina tenaga untuk peperiksaan yang akan datang.

“Ia mengandungi bahan-bahan seperti spirulina dan kurma merah yang baik untuk kesihatan. Saya sendiri memberikannya kepada anak-anak saya menjelang peperiksaan.

“Produk itu turut disokong oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), bermaksud ia telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Guru besar itu mendakwa pil tersebut dibekalkan ke sekolah terbabit oleh GMGBM.

“Salah seorang ibu bapa berkongsi keprihatinannya dengan saya secara peribadi dan apabila saya menjelaskan situsai tersebut, dia menyokong tindakan itu,” katanya.

Beberapa ibu bapa masih ragu-ragu.

“Hanya RM5 untuk mengubah tingkah laku? Ini adalah cara paling murah untuk mendapatkan produk terbaik sejak penemuan DNA,” seloroh salah seorang ibu bapa di laman Facebook.

“Berbelanja beberapa ratus, masalah tingkah laku diselesaikan…di mana saya boleh membuat tempahan yang banyak? Atau bagaimana cara untuk menjadi ejen,” kata seorang lagi ibu bapa.

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL 1 TAHUN 2013 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH


SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL 1 TAHUN 2013 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH

Kategori Pekeliling Kewangan
Bil 1
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 Tahun 2013 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah
Lampiran- Lampiran : Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 Tahun 2013 Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah Rendah.
Tarikh 08 May 2013

Hidup susah jadi pendorong – Utusan


Hidup susah jadi pendorong

MUAR 19 Dis. – Kesusahan hidup mendorong seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad di sini memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan hari ini.

Riyadh Hussein, 15, dari Taman Perdana Bakri, dekat sini, keadaan itu menjadikannya tabah dan cekal apatah lagi selepas kematian ayahnya lebih 10 tahun lalu membuatkannya berazam untuk cemerlang dalam pelajaran.

Berkongsi rahsia kejayaannya, Riyadh berkata, selain memberikan tumpuan yang penuh terhadap pembelajaran dalam kelas, dia akan terus merujuk kepada guru jika ada subjek atau pengajaran yang kurang faham.

“Saya juga mengamalkan makanan tambahan seperti kismis dan kurma kerana khasiatnya dapat membantu untuk menguatkan daya ingatan. Menjelang peperiksaan, saya juga mengamalkan solat hajat agar dimudahkan ketika menjawab soalan dalam dewan peperiksaan,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut di sini hari ini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121220/dn_09/Hidup-susah-jadi-pendorong#ixzz2FZ0KD1Zl
© Utusan Melayu (M) Bhd

43 pelajar India diberi kelas tambahan percuma – Sinar Harian


43 pelajar India diberi kelas tambahan percuma

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Oktober 2012
43 pelajar India diberi kelas tambahan percuma
Varijithevan sedang mengajar pelajar-pelajar SPM dalam kelas tambahan yang diadakan secara percuma.

KLUANG – MIC Bahagian Kluang menyediakan kelas tambahan percuma kepada 43 pelajar India yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Pelajar-pelajar tersebut adalah mereka yang terdiri daripada keluarga kurang mampu dan mereka yang memerlukan kelas tambahan sebagai persiapan menghadapi peperiksaan tersebut.

Ketua MIC Bahagian Kluang, G Raman berkata, pelajar-pelajar akan diajar oleh seorang guru sukarela daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Mengkibol iaitu S Varijithevan.

“Program kelas tambahan itu adalah usaha MIC Kluang untuk membantu pelajar dalam kalangan kaum India untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,” katanya pada program seminar di Balai Raya Persatuan Penduduk India, Taman Kluang Barat, di sini, kelmarin.

Raman berkata, selain itu MIC Bahagian Kluang juga mengadakan seminar kepada para pelajar berkenaan.

Katanya, bukan itu sahaja pihaknya turut menyumbangkan kelengkapan alat tulis kepada semua pelajar dan makanan tambahan yang berkhasiat sepanjang kelas tambahan itu berlangsung.

“Program seperti ini juga merupakan satu usaha untuk membuktikan bahawa kami amat mengambil berat tentang masalah yang dihadapi setiap penduduk berketurunan India khususnya dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Dengan adanya program seumpama ini ianya secara tidak langsung dapat mendekatkan kami dengan masyarakat India seterusnya memahami permasalahan yang mereka hadapi, selain dapat meringankan beban ibu bapa pelajar berkenaan,” katanya.