Skim Gaji Bersepadu
Skim Gaji Bersepadu
Untuk Makluman,
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
Skim Gaji Bersepadu
Untuk Makluman,
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi tahun 2014 dan Jadual Hari Kelepasan Negeri 2014 boleh dimuat turun sekarang.
*Buat masa ini, Takwim Persekolahan bagi tahun 2014 belum lagi diwartakan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muat turun di sini: http://www.kabinet.gov.my/images/stories/kelepasanam/2014_merged.pdf
Dikeluarkan oleh :
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4 Timur, Bangunan Perdana Putra,
62502 PUTRAJAYA.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)
Muat turun dalam bentuk pdf :
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013
[new] Maklumat lanjut: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
2.1 Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
2.2 Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
3.5.1 Bahasa Melayu;
3.5.2 Sejarah;
3.5.3 Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta
3.5.4 lulus Bahasa Inggeris.
3.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
4.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.1.3 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
5.1.1 |
Bahasa Melayu |
5.1.11 |
Pendidikan Jasmani |
5.1.2 |
Bahasa Inggeris |
5.1.12 |
Pendidikan Seni Visual |
5.1.3 |
Matematik |
5.1.13 |
Sejarah |
5.1.4 |
Sains |
5.1.14 |
Muzik |
5.1.5 |
Pendidikan Khas |
5.1.15 |
Pemulihan |
5.1.6 |
Pendidikan Islam |
5.1.16 |
Reka Bentuk dan Teknologi |
5.1.7 |
Bimbingan dan Kaunseling |
5.1.17 |
Bahasa Tamil |
5.1.8 |
Bahasa Cina |
5.1.18 |
Bahasa Arab |
5.1.9 |
Bahasa Kadazan Dusun |
5.1.19 |
Bahasa Iban |
5.1.10 |
Pra Sekolah |
5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
5.2.1 |
Bahasa Melayu |
5.2.9 |
Pendidikan Seni Visual |
5.2.2 |
Bahasa Inggeris |
5.2.10 |
Sejarah |
5.2.3 |
Matematik |
5.2.11 |
Muzik |
5.2.4 |
Sains |
5.2.12 |
Pemulihan |
5.2.5 |
Pendidikan Khas |
5.2.13 |
Reka Bentuk dan Teknologi |
5.2.6 |
Pendidikan Islam |
5.2.14 |
Bimbingan dan Kaunseling |
5.2.7 |
Pendidikan Jasmani |
5.2.15 |
Pra Sekolah |
5.2.8 |
Pengajian Cina |
5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
5.3.1 |
Bahasa Melayu |
5.3.9 |
Pendidikan Seni Visual |
5.3.2 |
Bahasa Inggeris |
5.3.10 |
Sejarah |
5.3.3 |
Matematik |
5.3.11 |
Muzik |
5.3.4 |
Sains |
5.3.12 |
Pemulihan |
5.3.5 |
Pendidikan Khas |
5.3.13 |
Reka Bentuk dan Teknologi |
5.3.6 |
Pendidikan Islam |
5.3.14 |
Bimbingan dan Kaunseling |
5.3.7 |
Pendidikan Jasmani |
5.3.15 |
Pra Sekolah |
5.3.8 |
Pengajian Tamil |
===========================================================================================
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)
AMBILAN KHAS JUN 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut:
1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah : a) Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
b) Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan
Mod Kursus : Sepenuh Masa
2. STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan (Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester)
2.2 Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester)
3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
4.1.1 Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).
4.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
4.2.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.
5. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
5.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
5.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
5.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1.3 Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu Komunikasi; ii. Sejarah; dan iii. Pendidikan Moral.
5.2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
5.2.1 |
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah. | |
5.2.2 |
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | |
5.2.3 |
Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | |
5.2.4
|
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: |
i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; ii. Sejarah; dan iii. Pendidikan Syariah Islamiah.
PERINGATAN |
Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut. |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 088 236804
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082 258045
Muat turun dalam bentuk pdf :
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013
21 January 2013
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 : Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013
(Dikemaskini pada 2012-11-26 10:23:25)
Sumber: JANM
Jam 3.30 petang ini, Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
Teks Ucapan Bajet 2013 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 28 September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.
Teks Ucapan Bajet 2013 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 http://www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:
![]() |
Jabatan Kastam Di Raja Malaysia www.customs.gov.my |
![]() |
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia www.hasil.gov.my |
![]() |
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia www.sc.com.my |
![]() |
Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my |
Laporan Ekonomi 2012/2013 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 pada 28 September 2012 sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
Buku Laporan Ekonomi 2012/2013 boleh dibeli dengan harga RM55.00 pada 28 September 2012 bermula jam 5.00 petang di Lobi Kementerian Kewangan Malaysia, Kedai PNMB Putrajaya, No 72, Jalan Diplomatik, Presint 15 (Presint Diplomatik), 62050 Putrajaya, Tel: 03-88811970 dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur, Tel: 03-92366888 atau layari laman web http://www.printnasional.com.my untuk maklumat lanjut.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 pada 28 September 2012 sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
Ucapan Bajet 2013 juga boleh diikuti melalui saluran media berikut:
Saluran Video
Saluran Radio
*** Saluran Media ini hanya boleh diikuti dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox sahaja
Kandungan Laman Rasmi Bajet 2013 juga boleh dilayari melalui peranti mudah alih dengan menaip alamat URL seperti berikut: http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
Perisian-perisian berikut adalah perlu untuk membaca teks ucapan dan laporan ekonomi dan juga mengikuti secara langsung Ucapan Bajet 2013.
Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini. Semoga negara kita aman, maju dan makmur.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Salam Kemerdekaan,
Editor
Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada warga kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), warga kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), warga kerja NUTP, warga pendidik di seluruh Malaysia, murid-murid di seluruh Malaysia dan pengunjung yang sering melawat dan mendapatkan maklumat di dalam HB ini.
HB doakan semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.
“Biar lambat asal selamat” dan “Sayangilah insan tersayang”.
Salam Aidilfitri dari HB.
Editor
Lagu & Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan Yang Ke-55 : Janji Ditepati
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Lirik: Rais Yatim
Nyanyian oleh: Aye/Jasnie/Arman E-six
Sumber: Jabatan Penerangan