Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali – mStar


Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali

Oleh R.S.N. MURALI

MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya.

Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya.

Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok.

Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali.

Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.

Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.

“Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand,” katanya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.

Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.

Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.

Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.

Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR.

Pelajar koma dirempuh motosikal – Sinar Harian


Pelajar koma dirempuh motosikal

WARTAWAN SINAR HARIAN
13 April 2013
Pelajar koma dirempuh motosikal
Keadaan Mohd Khirul Fazil yang masih koma selepas kemalangan itu.

ALOR GAJAH – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah, parah selepas dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian langgar lari di Jalan kampung Ayer Limau, Masjid Tanah, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Mohd Khirul Fazil Jasferi, 13, sedang melintas jalan dirempuh motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang seorang lelaki awal 20-an.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa teragak-agak melintas jalan dan berhenti di garisan tengah selepas melihat sebuah motosikal ditunggang laju dari arah Brisu ke Masjid Tanah.

“Ketika itu, mangsa bersama sepupunya, Mohd Habrie Abu Bakar, 15, namun sudah berada di seberang jalan dan mangsa cuba melintas kerana bimbang tertinggal bas sekolah.

“Setibanya di garisan tengah, sebuah motosikal dipercayai hilang kawalan merempuh mangsa menyebabkannya tercampak beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak menghubungi ibu mangsa sebelum membawanya ke klinik berdekatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Tangki najis meletup – Metro


Tangki najis meletup

 173  7 Google +4  2  0

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: “Mak… tolong, muka Wan panas,” rintih Zakuan Syahmi Zaili, 10, yang melecur teruk di muka dan sebahagian badan selepas terkena letupan ‘bom karbaid’ daripada tangki najis di tepi rumahnya di Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan menggelupur kesakitan di atas tanah berikutan kecederaan parah di muka dan badan.

Kejadian berlaku ketika murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Laksamana itu bersama ibunya, Surani Jayali, 48, membersihkan tangki najis di tepi rumah mereka.

Surani yang turut cedera di muka berkata, sebelum kejadian mereka dua beranak bercadang menghapuskan jentik-jentik yang membiak dalam tangki najis berkenaan dengan meletakkan beberapa ketulan karbaid ke dalamnya.

FotoSURANI yang turut cedera di muka melihat kecederaan dialami Zakuan yang melecur keseluruhan wajah dan sebahagian badan.

“Anak saya mengadu ada banyak nyamuk di sekitar rumah, jadi kami cuba membakar tempat pembiakan jentik-jentik di dalam tangki najis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11