Mayat dua beradik terjatuh bot ditemui petang ini
Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
ALOR SETAR 18 Dis. – Pasukan penyelamat hari ini menemui mayat dua beradik yang hilang selepas terjatuh dari bot fiber ketika bersiar-siar di muara Kuala Kedah dekat sini petang semalam.
Mayat Mohd. Hafiz Anuar, 4, dan abangnya Mohd. Ashrik, 9, ditemui terapung kira-kira pukul 3 petang dan 4.25 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd. Izham Abdul Rahim berkata, mayat Mohd. Hafiz ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh oleh bot nelayan yang melalui kawasan itu. – UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121218/dn_32/Mayat-dua-beradik-terjatuh-bot-ditemui-petang-ini#ixzz2FSMToAGy
© Utusan Melayu (M) Bhd