Dirogol lelaki baru dikenali – Sinar Harian


Dirogol lelaki baru dikenali
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Ogos 2013
  • Mizan Md DomMizan Md Dom
< 1 / 1 >

REMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.

Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.

Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.

Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.

“Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.

“Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin),” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.

Remaja dirogol bergilir-gilir – Sinar Harian


Remaja dirogol bergilir-gilir

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 September 2012

BUTTERWORTH – Tindakan seorang remaja perempuan yang sanggup berbohong kepada ibu bapa kononnya mahu keluar untuk menyertai sambutan malam kemerdekaan anjuran rakannya, mengundang padah apabila dirogol bergilir-gilir empat remaja.

Lebih malang, kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu didalangi teman lelakinya sendiri.

Kejadian berlaku pada malam sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di rumah teman lelakinya di sini, bagaimanapun, hanya didedahkan ibu mangsa selepas mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan murung selepas pulang ke rumah.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, remaja perempuan yang berasal dari Tanjung Tokong itu bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun dikatakan menyambut malam merdeka di kawasan Rawat & Rehat, Lingkaran Luar Butterworth (Borr) di sini, sekitar jam 8 malam.

“Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api, mangsa dibawa ke rumah teman lelakinya untuk bermalam.Ketika kejadian, ibu bapa teman lelakinya berada di luar daerah dan mereka disertai tiga remaja yang merupakan rakan teman lelakinya itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya setelah dipujuk, sebelum diikuti tiga remaja terbabit dan mangsa dihantar pulang pada keesokan harinya.

“Mangsa dikesan dalam keadaan murung oleh ibunya. Selepas ditanya, mangsa memaklumkan dia dirogol dan ibu mangsa membuat laporan polis sejurus selepas itu.

“Kita hanya berjaya menahan dua remaja, termasuk teman lelaki mangsa pada malam 3 September lalu, manakala dua remaja lain menghilangkan diri,” katanya.

Gadis lari ikut kekasih – Metro


Gadis lari ikut kekasih
AMPANG: Seorang gadis sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk bersama kekasih hatinya yang baru dikenali sejak sebulan lalu.

Gadis berusia 13 tahun itu dipercayai tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah di Bandar Baru Ampang, di sini, sebelum mereka ditemui bapa gadis terbabit yang mencarinya sejak melarikan diri dari rumah, Ahad lalu.
Lebih malang, gadis terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 30 tahun.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bapa gadis berkenaan yang geram dengan tindakan lelaki terbabit kerana mengambil kesempatan ke atas anak gadisnya, terus menghubungi polis sebelum lelaki itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
Sumber berkata, gadis terbabit yang baru mengenali teman lelaki sebulan lalu melalui laman sosial sanggup bertindak melarikan diri dari rumahnya di Ampang, sebelum tinggal bersama teman lelakinya itu.
“Gadis berkenaan berjumpa dengan teman lelakinya sebanyak empat kali sejak sebulan lalu dan mengadakan hubungan seks pada pertemuan kedua,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02

Nafsu anak – Metro


Nafsu anak

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

 
Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.