Tersepit 3 jam celah batu ketika mandi – Metro


Tersepit 3 jam celah batu ketika mandi

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Anak lelaki pengasas syarikat jualan langsung DCL, Datuk Azlina Che Abdullah tersepit selama tiga jam di celah batu ketika mandi di kolam renang sebuah hotel, di sini, semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa Putera Faizal Setapa, 13, cedera di badan akibat tersepit terlalu lama.
Azlina berkata, anak keduanya daripada lima beradik itu cuba naik atas batu yang dijadikan sebagai pembahagi kolam renang berkenaan sebelum tersepit.

 

Katanya, ketika itu, dia dan suami bersiap dalam bilik sebelum keluar melihat anaknya yang mengerang kesakitan.
“Pihak hotel cuba menarik tangan Faizal, namun tidak berjaya sebelum meminta bantuan bomba yang tiba lima minit kemudian.
“Anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan anak saya apabila terpaksa memecahkan batu berkenaan,” katanya di sini, semalam.

 

 

Beliau berkata, keluarganya menginap di hotel berkenaan malam kelmarin, sempena menyambut tahun baru dan tidak menyangka berlaku kejadian itu.
“Akibat kejadian itu, anak saya cedera di bahagian belakang dan dirawat di sebuah hospital,” katanya anak lelakinya itu kini trauma dengan kejadian berkenaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02

Meniarap tahan sakit – Metro


Meniarap tahan sakit

OIeh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun menderita apabila belakang badannya melecur terkena air panas di rumahnya di Kampung Limbongan, dekat sini, minggu lalu.

Kecederaan dialami murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Limbongan Muhamad Farihin Abdul Karim, itu menyebabkannya dia sering mengerang kesakitan dan terpaksa meniarap.

Ibunya, Fadzilah Mohamed, 30, berkata, kejadian menimpa anak ketiga daripada lima beradik itu berlaku pada 26 November lalu ketika Muhamad Farihin berlari keluar dari bilik air di rumah mereka.

Menurutnya, sebelum kejadian pada jam 6.45 petang, Muhamad Farihin di bilik air dan berlari keluar selepas menyangkakan ayahnya, Abdul Karim Bechik, 43, memanggilnya.

 
“Pada masa sama kakaknya, Farah Asyiqin, 11, sedang memanaskan air dalam periuk. Bagaimanapun, tanpa disangka Muhamad Farihin terlanggar tangan kakaknya mengakibatkan air panas tertumpah ke belakang badannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07

‘Ibu mengerang’ – Metro


‘Ibu mengerang’
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: “Saya sempat mendengar arwah ibu mengerang kesakitan beberapa kali sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” kata Saiful Khairul Amiruddin, 21, anak lelaki kepada Rohana Ahmad, 43, mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Terowong Menora, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Kilometer 256.6 arah selatan itu, kereta Honda City dinaiki Saiful bersama empat ahli keluarganya hilang kawalan akibat jalan licin sebelum merempuh belakang lori berhenti di tepi jalan.
Kejadian menyebabkan bapanya, Amiruddin Basaruddin, 45, parah, manakala dia dan dua adiknya, Mohamad Aiman Hakimi, 13 dan Noralina Anum, 19, hanya cedera ringan.

Saiful berkata, dia terkilan kerana tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan arwah ibunya sebaliknya hanya mampu melihat ibunya mengerang kesakitan di tempat duduk bahagian hadapan.
Katanya, sejurus kemalangan, dia terus keluar dari kereta bagi memeriksa keadaan ibu dan bapa serta dua adiknya yang turut mengalami cedera ringan.