2 beradik maut ketika berkelah
Dalam kejadian pada jam 2 petang, M Poojenbraraj, 13, dikatakan berenang bersama adik perempuannya, M Kavita, 10, sebelum dua beradik itu dibawa arus ke tengah laut.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Unit Pusat Kawalan Kecemasan (MER999) mengenai dua budak dipercayai lemas di pantai berkenaan.
Berikutan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Teluk Bahang dan dikerahkan ke lokasi untuk membantu mencari mangsa.
Tidak sedarkan diri
“Dua beradik itu ditemui tidak lama selepas itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, Poojenbraraj didapati sudah meninggal dunia,” katanya., di sini, semalam.
Kavita dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan berada dalam keadaan stabil.