PENGEMASKINIAN DATA e_PROFIL DALAM MODUL INDIVIDU (eSPLG) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KPM.


PENGEMASKINIAN DATA e_PROFIL DALAM MODUL INDIVIDU (eSPLG) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KPM.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM Bil. 2/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 4 Julai 2012 telah memutuskan bahawa BPG dipertanggungjawabkan membangun dan menguruskan Profil Induk kepakaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Sehubungan dengan itu semua PPP samada yang bertugas di Jabatan, PPD atau sekolah dipohon (wajib) untuk mengemaskini maklumat e-Profil dalam Modul Individu secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG).

Bersama ini dilampirkan:

i)Surat arahan pengemaskinian e-Profil kepada semua PPP KPM.

ii) Jadual pengemaskinian maklumat e-Profil.

ii)Manual tatacara pengemaskinian maklumat e-Profil (Modul Individu)

Sila klik di sini�untuk pengemaskinian e-Profil.

Segala kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian

LAMPIRAN
 Arahan (Surat)
 Jadual Kemaskini (Takwim)
 Tatacara Kemaskini (– Sila Pilih –)
 Tatacara Kemaskini 2 (Prosedur)

110,218 tak disiplin – Metro


110,218 tak disiplin

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Seramai 110,218 pelajar terbabit dengan salah laku disiplin sepanjang tahun lalu dengan 72,873 daripadanya pelajar sekolah menengah manakala bakinya murid sekolah rendah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Namun, katanya, secara keseluruhan statistik itu menunjukkan penurunan iaitu pada kadar 2.05 peratus berbanding 2.06 peratus pada 2010, malah purata kadar salah laku disiplin murid yang direkodkan dalam tempoh lima tahun ini 2.07 peratus setahun. “Kes disiplin berkenaan termasuk kes berat seperti kelakuan berunsur kekerasan, biadab, kelucahan, ponteng sekolah serta kes disiplin ringan seperti kekemasan diri, tidak pentingkan masa dan kurang sopan.
“Hal ini menunjukkan sekitar dua hingga tiga peratus bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, di sini, semalam. Mesyuarat selama tiga jam itu meneliti isu berkaitan disiplin pelajar serta membincangkan strategi dan pelaksanaan program bagi tahun ini. Dr Wee berkata, ponteng sekolah masih isu utama yang diberi perhatian kerana ia antara penyumbang terbesar salah laku disiplin di sekolah.