Liwat: Pengurus GLC ditahan – Utusan


Liwat: Pengurus GLC ditahan

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Seorang pengurus sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) ditahan polis kerana dipercayai meliwat empat pelajar lelaki berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di Brickfields di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 40-an itu yang dikenali sebagai ‘Abang Civic’ ditahan setelah pihaknya menerima aduan daripada guru sekolah tersebut pada 8 Februari lalu.

Katanya, lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic itu mengumpan pelajar yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook dengan pelbagai hadiah sebelum bertemu mangsa dan meliwat mereka di hotel bajet di Sri Petaling di sini.

“Selepas meliwat mangsa, dia akan memujuk mangsa untuk memperkenalkan rakan-rakannya sebelum melakukan perkara yang sama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130228/je_01/Liwat-Pengurus-GLC-ditahan#ixzz2MAj9psIb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Polis cari remaja lelaki – Utusan


Polis cari remaja lelaki


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan kes remaja perempuan, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang koma akibat dibakar di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, remaja lelaki terbabit ialah Mohd. Amir Mohd. Anuar, (gambar) 18, beralamat di Taman Keramat di sini.

“Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu dapat membantu siasatan kes tersebut yang menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus dari muka hingga ke pusat.

“Dalam kejadian itu, suspek dikatakan telah menyimbah petrol di tubuh mangsa sebelum membakar remaja itu dalam semak,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, mangsa yang belajar di tingkatan empat kini dilaporkan koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disimbah petrol dan dibakar oleh teman lelakinya kira-kira pukul 3.15 pagi.