211 sekolah di Muar, Ledang kekal ditutup esok – Utusan


211 sekolah di Muar, Ledang kekal ditutup esok

 

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR 23 Jun – Semua 211 sekolah di daerah ini dan Ledang kekal ditutup esok ekoran keadaan jerebu yang semakin buruk hari ini.

Pegawai Pendidikan daerah, Ahmad Othman berkata, penutupan sekolah yang melibatkan seramai 76,940 pelajar dan 6,846 guru itu kekal sehingga keadaan bertambah baik sehingga diberitahu kelak.

“Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 767 pagi ini, saya mengumumkan penutupan semua sekolah di Muar dan Ledang,” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat berkaitan jerebu di Pejabat Daerah, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_17/211-sekolah-di-Muar-Ledang-kekal-ditutup-esok#ixzz2X2jhmrr4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Remaja perempuan antara yang ditahan terlibat dadah – Utusan


Remaja perempuan antara yang ditahan terlibat dadah

01/03/2012 4:29pm

 

 

Oleh Oleh ZULHISHAM ISAHAK

 

MUAR 1 Mac – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket dadah terbesar di daerah ini dengan tertangkapnya lima lelaki dan tiga wanita termasuk seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini pada Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, polis merampas dadah jenis syabu, heroin, ketamin, pil ekstasi, ganja dan peralatan memproses dadah termasuk tiga buah kereta mewah kesemuanya bernilai RM1 juta.

Operasi yang dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar itu turut merampas wang tunai berjumlah RM4,200.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, rumah tersebut dipercayai dijadikan makmal untuk memproses dadah sejak sebulan lalu. _ UTUSAN