HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN – SPP


HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Program Hari Mesra Pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan diadakan di Tea Garden, SEAMO, RECSAM, Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Februari 2013 (Isnin) dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

Anggota Perkhidmatan Pelajaran yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pelantikan dan perkhidmatan serta orang awam yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Sokongan dijemput hadir.

Muat naik pada 18 Februari 2013

 

RALAT SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN OPSYEN PENDIDIKAN KHAS BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


RALAT SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN OPSYEN PENDIDIKAN KHAS BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

Pindaan pusat temu duga bagi calon opsyen Pendidikan Khas Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditemu duga pada 27 Februari 2013. Temu duga melibatkan calon-calon berkenaan akan diadakan pada tarikh yang sama di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab Durian Daun, 75990 Melaka dan bukannya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Muat naik pada 19 Februari 2013

 

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41

Keputusan temu duga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah  (PPPS) Gred DG41 bagi calon graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang tamat pengajian sebelum 1 Julai 2012 boleh semak di sini mulai 6 Februari 2013. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan dan arahan penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Muat naik pada 6 Februari 2013

PERMOHONAN JAWATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN PELAJARAN – SPP


PERMOHONAN JAWATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN PELAJARAN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan tetap secara atas talian (online) melalui portal Jobsmalaysia di http://www.jobsmalaysia.gov.my. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Muat naik pada 31 Disemberr 2012

TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17, PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 DI NEGERI SARAWAK – SPP


TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17, PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 DI NEGERI SARAWAK

Temu duga untuk jawatan Pembantu Makmal Gred C17, Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 dan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 di Negeri Sarawak bagi semua Bahagian dan Daerah boleh disemak mulai 22.11.2012. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan panggilan temu duga dari Surunhanjaya ini. Semak di sini.

Muat naik pada 22 November 2012

URUSAN TAWARAN PELANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG TELAH DITEMU DUGA PADA TAHUN 2012 – SPP


URUSAN TAWARAN PELANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG TELAH DITEMU DUGA PADA TAHUN 2012
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program pensiswazahan secara sepenuh masa atau melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan telah ditemu duga oleh Suruhanjaya mulai 18 September 2012, urusan pelantikan calon yang diperaku dalam temu duga akan diproses setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selesai membuat urusan naik taraf jawatan berkaitan.
Muat naik pada 6 November 2012

HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN – SPP


HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
 

Program Hari Mesra Pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2012 (Selasa) dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

 

Anggota Perkhidmatan Pelajaran yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pelantikan dan perkhidmatan serta orang awam yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Sokongan dijemput hadir.

 

Muat naik pada 18 Oktober 2012

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PENYELIA ASRAMA GRED N17 DI SEMENANJUNG – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PENYELIA ASRAMA GRED N17 DI SEMENANJUNG
Keputusan temu duga jawatan Penyelia Asrama Gred N17 di Semenanjung yang telah dijalankan pada 4 September 2012 hingga 25 September 2012 boleh disemak secara berperingkat mulai 15 Oktober 2012. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya. Semak keputusan

___________________________________________________________________________________________________

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PENYELIA ASRAMA GRED N17

Perlis Kedah P. Pinang Kelantan Selangor WP K. Lumpur
N. Sembilan Melaka Pahang Perak Terengganu  Johor

(Sila Klik Pada Negeri Tuan/Puan memohon)

Muat naik pada 15 Oktober 2012

 

TEMU DUGA JAWATAN PENYELIA ASRAMA GRED N17 DI SEMENANJUNG – SPP


TEMU DUGA JAWATAN PENYELIA ASRAMA GRED N17 DI SEMENANJUNG

Temu duga jawatan Penyelia Asrama N17 bagi negeri Kelantan, Kedah dan Perlis pada 04 September – 06 September 2012 serta Pulau Pinang pada 07 September 2012 boleh disemak mulai 27 Ogos 2012. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan panggilan temu duga dari Suruhanjaya ini. Semak senarai nama di sini.

Muat naik pada 27 Ogos 2012

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DI SEMENANJUNG – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DI SEMENANJUNG
Keputusan temu duga jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 di Semenanjung yang telah dijalankan pada 3 Julai 2012 hingga 8 Ogos 2012 boleh disemak secara berperingkat mulai 15 Ogos 2012. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya. Semak keputusan

___________________________________________________________________________________________________

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17

Johor Terengganu WP KL & Putrajaya N. Sembilan Kelantan Melaka
Pahang Kedah/Perlis Perak Pulau Pinang Selangor

(Sila Klik Pada Negeri Tuan/Puan memohon)

Muat naik pada 15 Ogos 2012