Muhyiddin puas hati pencapaian pelajar dalam pertandingan antarabangsa – Bernama


Muhyiddin puas hati pencapaian pelajar dalam pertandingan antarabangsa

2012/11/19 – 12:02:53 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan pelajar Malaysia dalam pertandingan antarabangsa khususnya bidang kokurikulum jarang menghampakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai contoh Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan pertandingan World Robot Olympiad (WRO) yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, pada pertandingan kali ini Malaysia berjaya memungut 12 pingat termasuk dua pingat emas.

“Ini adalah kali ketiga Malaysia muncul juara WRO,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan kontinjen WRO Malaysia di bangunan Parlimen, sebentar tadi.