SENARAI NAMA PESERTA ON-FLOOR SEMINARS SEMPENA PERSIDANGAN DAN PAMERAN ‘THE DIGITAL EDUCATION SHOW ASIA’ (DESA) 2013


SENARAI NAMA PESERTA ON-FLOOR SEMINARS SEMPENA PERSIDANGAN DAN PAMERAN ‘THE DIGITAL EDUCATION SHOW ASIA’ (DESA) 2013

21 May 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Persidangan dan Pameran ‘The Digital Education Show Asia’(DESA) 2013 anjuran Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama Terrapinn Pte Ltd. yang akan diadakan pada 27 dan  28 Mei 2013 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama peserta on-floor seminars mengikut negeri yang terdiri daripada pegawai pendidikan dan guru-guru, serta sekolah-sekolah menengah dan rendah yang terlibat dengan persidangan tersebut. Para peserta on-floor seminars dikehendaki menghadiri Persidangan dan Pameran DESA mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur seperti dilampiran tersebut.

 

Muat Turun
Surat jemputan
Senarai peserta- On floor seminars

Modul baru lahir guru mahir – Berita Harian


Modul baru lahir guru mahir

Najib ketika mempengerusikan mesyuarat MSC di Putrajaya, semalam. Turut sama, Muhyiddin; Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Bhd (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali  (kanan) dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali (kiri).Najib ketika mempengerusikan mesyuarat MSC di Putrajaya, semalam. Turut sama, Muhyiddin; Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Bhd (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali (kanan) dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali (kiri).

Putrajaya: Kerajaan akan mengkaji modul baru bagi meningkatkan kemahiran pengajaran guru di sekolah melalui penggunaan teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbanding cara lazim menghantar guru menjalani kursus di institut latihan semasa cuti sekolah, kemahiran pengajaran guru juga boleh dipertingkatkan dengan merujuk kepada kandungan yang dipaparkan secara dalam talian (online).

Kenal pasti guru cemerlang

“Kita boleh mengenal pasti beberapa guru cemerlang bagi setiap subjek setiap tahun untuk membangunkan kandungan dan seterusnya dimuat naik secara atas talian manakala guru lain akan menjadi mentor dan fasilitator.

“Kita perlu mengkaji model baru ini namun, ini satu kemungkinan kerana saya dimaklumkan oleh Panel Penasihat bahawa ini adalah trend baru di Amerika Syarikat.

“Di sana (Amerika Syarikat), profesor terkemuka (top notch professor) mengajar secara dalam talian dan pelajar yang mengikutinya mampu menjangkau 150,000 orang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC Malaysia Ke-15 di pejabatnya, di sini semalam. Turut hadir, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran, turut bersetuju mengkaji modul itu dengan teliti dalam usaha memperluaskan penggunaan IT bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Selain itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat IAP turut memutuskan untuk menggerakkan usaha mengiktiraf golongan yang cemerlang dan boleh dijadikan ikon dalam industri masing-masing melalui penggunaan IT.
ICT wujud ikon

Sebagai contoh, seorang wanita di Semporna, Sabah berjaya mengaut pendapatan RM20,000 sebulan hasil perniagaan rumpai laut secara dalam talian berbanding hanya RM450 sebulan sebelum itu.

“Ini membuktikan teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah game changer.
Kita perlu mengiktiraf pencapaian mereka supaya golongan ini menjadi pemangkin dan ikon untuk mendorong orang lain terbabit dalam IT.

“Pendekatan ini bukan saja membabitkan usahawan tetapi profesional seperti guru supaya mereka boleh menjadi ikon kepada guru lain,” katanya.

Katanya, antara perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk usaha meningkatkan perniagaan mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS kepada perniagaan besar, komunikasi spektrum serta Lembah Silikon.