Murid lemas mandi di sungai bersama kawan – Bernama


Murid lemas mandi di sungai bersama kawan

2013/03/22 – 10:47:11 AMCetakEmel Kawan
BESUT: Seorang murid Tahun Tiga yang mandi di Sungai Besut berhampiran Taman Teratur, Jerteh lemas dalam kejadian petang, semalam.

Ahmad Akid Syawal Aznan, 9, murid Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah pergi ke sungai itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya bersama lima rakannya kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria, berkata mangsa tenggelam dua jam kemudian ketika mandi di kawasan air yang dalam.

ÔÇťApabila menyedari mangsa tenggelam, salah seorang rakannya menyelam dan berjaya menarik mangsa keluar. Bapa mangsa segera diberitahu tentang kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, anak keempat dari enam beradik itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besut oleh bapanya yang mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. – BERNAMA