Batal SBPA elak manipulasi – Utusan


Batal SBPA elak manipulasi

 

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

 

KUANTAN 8 Mac – Pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira pandangan dan rasa tidak puas hati penjawat awam terhadap skim tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembatalan itu juga bagi mengelakkan tindakan pihak tertentu daripada terus memanipulasi mengenai SBPA.

“Semakan SBPA sebelum ini mengambil kira kategori penjawat awam yang berpendapatan rendah yang mana mereka harus diberi kenaikan gaji dan pada hemat saya Perdana Menteri amat prihatin dalam perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kem 4 Briged (Mekanize), Kem Batu 10, di sini hari ini.

Kerajaan yakin bantuan RM100, BR1M diteruskan jika ekonomi terus berkembang – Bernama


Kerajaan yakin bantuan RM100, BR1M diteruskan jika ekonomi terus berkembang 

2012/02/12

IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.

“Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan. – BERNAMA