Mayat murid ditemui terapung di Sandakan – Bernama


Mayat murid ditemui terapung di Sandakan

SANDAKAN 18 Mac – Mayat murid Tahun Satu ditemui terapung di Sungai Batu 2 dekat Kampung BDC di sini awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sandakan, Asisten Supritendan Gan Ping Sin berkata, mayat yang masih berpakaian sekolah dijumpai kira-kira 5.30 pagi.

Dilaporkan, mangsa bersama lapan rakannya sedang dalam perjalanan pulang dari menghadiri kelas ganti apabila bot yang mereka naiki terbalik di kawasan perairan berhampiran Pulau Berhala petang semalam.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat II, Azmi Musa berkata, pihaknya berduka cita di atas kematian murid berkenaan. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130318/je_10/Mayat-murid-ditemui-terapung-di-Sandakan#ixzz2NsXAkU7S
© Utusan Melayu (M) Bhd

Guru, anak rentung kereta bertembung – Utusan


Guru, anak rentung kereta bertembung

 

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

 

KOTA BHARU 29 Feb. – Dua beranak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih-Kota Bharu dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam, Che Arminudin Abdullah, 42, seorang guru dan anak perempuannya, Marissan Alma, 4, berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian Che Arminuddin yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh.

Menurut beliau, kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar tiang sebelum masuk ke lorong bertentangan.

“Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu oleh Azaizurien Ahmad, 33, dan penumpang Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, menyebabkan kedua-duanya terbakar.