Najib doakan kejayaan para para calon PMR – Bernama


Najib doakan kejayaan para para calon PMR

04/10/2011 2:21am

 

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberi kata-kata perangsang kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.

“Saya mengucapkan selamat menjalani peperiksaan PMR kepada semua pelajar, semoga saudara saudari akan berjaya,” katanya dalam kemaskini twitternya malam semalam.

Pada tahun ini, seramai 481,147 orang calon akan menduduki peperiksaan PMR di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 4,5,6,10 dan 11 Okt ini. — Bernama