3 sekolah masih tutup – Metro


3 sekolah masih tutup

 0  0 Google +0  0  0

Lahad Datu: Jabatan Pelajaran Negeri Sabah diarah sama ada menyediakan kelas di kawasan pemindahan penduduk atau menempatkan murid tiga sekolah yang ditutup berikutan Op Daulat ke sekolah berhampiran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada 53 sekolah di Lahad Datu, hanya tiga sekolah belum memulakan sesi persekolahan iaitu Sekolah Kebangsaan Lok Buani, Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, murid yang berada di pusat pemindahan akan ditempatkan di sekolah lain di Felda Sahabat atau mendapat bimbingan pelajaran di pusat pemindahan berkenaan.

 

“Saya sudah arahkan Jabatan Pelajaran negeri sediakan bas kepada mereka bagi tujuan pengangkutan serta bantuan buku sekolah dan pakaian sekolah,” katanya. Mengulas dakwaan kononnya seorang guru menghina pasukan keselamatan dalam laman blog, Muhyiddin berkata, perkara itu amat mendukacitakan kerana semua rakyat kini menyokong penuh pengorbanan pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan negara.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/13

JADUAL PENERBANGAN BAGI PENEMPATAN KE NEGERI SABAH DAN SARAWAK UNTUK GURU SEKOLAH RENDAH (GRADUAN LEPASAN IPTA DAN IPGM) – PENEMPATAN JUN 2012


JADUAL PENERBANGAN BAGI PENEMPATAN KE NEGERI SABAH DAN SARAWAK UNTUK GURU SEKOLAH RENDAH (GRADUAN LEPASAN IPTA DAN IPGM) – PENEMPATAN JUN 2012

As-Salam & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua guru baru yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut berkaitan penerbangan anda adalah seperti berikut. Untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan penerbangan, sila muat turun jadual penerbangan di bawah.

Jadual Penerbangan Bagi Penempatan ke Negeri SABAH

Jadual Penerbangan Bagi Penempatan ke Negeri SARAWAK

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian – Sektor Pengurusan Sekolah Rendah di talian 03-88849586/03-88849568/03-88830649.

Harap maklum.