Cucu berani mati – Metro


Cucu berani mati

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira  yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
PANJANG…Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.

TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.

 
Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05

 

Gadis mengaku lari kerana Samer – Kosmo


Gadis mengaku lari kerana Samer

 

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my

 

Nurul Zakiah

 

SHAH ALAM – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan.

Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

“Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer.

“Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri,” katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam.

Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar.

Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga.

“Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan.

“Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain,” katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri.

7 beranak terselamat – Metro


7 beranak terselamat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Tujuh beranak terpaksa bertarung dengan maut dalam usaha mahu menyelamatkan diri selepas Naza Citra dinaiki terbabas dan terbalik sebelum terbakar di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Ubai, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kenderaan dipandu Mohd Dahlan Kamarulzaman, 51, dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik.
Bagaimanapun, semua mangsa termasuk isteri Mohd Dahlan, Norasiah Omar, 50, bersama lima anaknya, Nurul Atiqah, 20; Nurul Hidayah, 16; Nurul Asyikin, 15; Nurul Ain Izzati, 12, dan Mohd Aiman Umar, 11, berjaya diselamatkan orang awam yang lalu di tempat kejadian.