NUTP
Pengemaskinian Maklumat PPP Gred DG41 KUP dan Gred DG44 KUP yang menjalankan tugas Guru Penolong Kanan dan mempunyai kelulusan NPQH/NPQEL
Borang NPQEL NPQH DG41 DG44 – NUTP
Untuk Makluman Saudara/ Saudari,
Maklumat yang di hantar kepada NUTP didapati tidak lengkap.
Sila isi semula butiran guru-guru yang mempunyai sijil NPQEL dan NPQEH.
Sila nyatakan tempoh jawatan GPK ( tarikh mula pegang jawatan – hingga..)
Sila beri maklumbalas dengan segera untuk tindakan pihak NUTP.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
Sumber : http://www.nutp.org/new/ms/node/1595
Isu Dua Status Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang dan KUP Time Based ExPPPLD – NUTP
Isu Dua Status Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang dan KUP Time Based ExPPPLD
Saudara/Saudari,
Isu Dua Status Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang dan KUP Time Based ExPPPLD
Merujuk kepada perkara di atas Pihak NUTP mohon saudara/ saudari kemukakan maklumat kepada NUTP dengan kadar segera.
Pihak NUTP akan usaha menyelesaikan masalah ini.
Sila muat turun borang tersebut.
Sekian, harap maklum
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung NUTP
Guru PJJ/OUM – NUTP
Guru PJJ/OUM
Untuk Makluman Ahli-Ahli KPPK
Guru-Guru baru yang keluar dari IPGM atau Universiti (sepenuh masa) yang memperolehi Ijazah akan dianggap sebagai lantikan baru dan ditawarkan ke gred DG41.
Manakala bagi guru-guru yang telah berada dalam sistem atau telah dilantik oleh SPP dan melanjutkan pelajaran (PJJ/OUM) akan ditawarkan gred naik pangkat DG42.
Gred DG41 dan DG42 gaji adalah sama.
Untuk kumpulan guru yang tamat PJJ/OUM yang belum dilantik oleh SPP boleh menunggu iklan pada bulan April untuk memohon kegred DG42.
Sekian, harap maklum
PN LOK YIM PHENG
Setiausaha Agung NUTP
Permohonan Pemangkuan Gred DGA32 ke DGA34 Bagi Tahun 2014 Melalui Permohonan Online – NUTP
Permohonan Pemangkuan Gred DGA32 ke DGA34 Bagi Tahun 2014 Melalui Permohonan Online
Permohonan Jawatan Guru Besar / Pengetua disyaratkan mesti telah menghadiri NPQEL/NPQH – NUTP
Permohonan Jawatan Guru Besar / Pengetua disyaratkan mesti telah menghadiri NPQEL/NPQH
Skim Gaji Bersepadu – NUTP
Skim Gaji Bersepadu
Skim Gaji Bersepadu
Untuk Makluman,
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
KES PENEMPATAN KE GURU PENOLONG KANAN HAKIKI GRED DGA32 HAKIKI YANG MENERIMA LANTIKAN LEBIH LEWAT DARI TARIKH LANTIKAN DGA34 TIME-BASED – NUTP
KES PENEMPATAN KE GURU PENOLONG KANAN HAKIKI GRED DGA32 HAKIKI YANG MENERIMA LANTIKAN LEBIH LEWAT DARI TARIKH LANTIKAN DGA34 TIME-BASED
Saudara/Saudari,
KES PENEMPATAN KE GURU PENOLONG KANAN HAKIKI GRED DGA32 HAKIKI YANG MENERIMA LANTIKAN LEBIH LEWAT DARI TARIKH LANTIKAN DGA34 TIME-BASED
Saudara/Saudari yang menerima lantikan DGA32 Hakiki lebih lewat dari tarikh lantikan DGA34 Time-Based diminta mengemukakan surat rasmi beserta dokumen berkaitan untuk tindakan NUTP dengan segera!
Sekian, harap maklum.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
Wajibkan subjek bahasa Inggeris menjelang 2020 – Sinar Harian
SHAH ALAM – [Dikemaskini]Pelaksanaan mewajibkan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewajarnya dilakukan dalam tempoh enam tahun akan datang menjelang 2020.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata pelaksanaannya menjelang 2016 tidak wajar diteruskan memandangkan guru belum bersedia ke arah itu.
“NUTP merasakan 2016 itu terlalu hampir, kita hanya ada dua tahun lebih saja untuk memenuhi syarat mesti wajib lulus itu dan ia bukan masanya.
“Kerajaan mesti pastikan segala keperluan dan prasarana ke arah itu dilengkapkan sepenuhnya, kemudian baru boleh wajib lulus subjek itu seawal-awalnya pada 2020,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mempersoalkan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM menjelang 2016.
Tambah Hashim, pada masa ini kerajaan masih menghantar guru bahasa Inggeris mengikuti kursus intensif sebagai persediaan awal namun ia tidak membantu dalam tempoh yang singkat.
Katanya, walaupun kerajaan menyediakan insentif menarik kepada guru yang mengajar subjek terbabit, namun jumlahnya masih tidak mencukupi.
“Jumlah guru bahasa Inggeris yang akan dihantar mengikuti kursus intensif pada Oktober depan itu pun masih tidak mencukupi, menunjukkan guru masih tidak bersedia lagi.
“Kita lihat persiapan ke arah itu belum lengkap 100 peratus, bahan bacaan pun tidak mencukupi, kalau hendak wajibkan subjek itu, kita kena pastikan bahan bacaan itu dibekalkan kepada pelajar seawal tingkatan 3 lagi,” katanya.
Dalam pada itu, katanya kerajaan tidak wajar melaksanakannya secara terburu-buru memandangkan ia akan membebankan bukan sahaja guru bahkan pelajar dan ibu bapa juga akan dibebani dengan kos tambahan seperti tuisyen dan bahan bacaan tambahan dalam bahasa Inggeris.
“Kemudahan tuisyen hanya terdapat di bandar besar, tidak di luar bandar.
“Tidak semua ibu bapa mampu menanggung kos tuisyen, lebih-lebih lagi selepas harga petrol dinaikkan,” katanya lagi.