Padah taska degil – Metro


Padah taska degil

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Shahrul Ridzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DITUTUP...pegawai JKM memasang pita di pintu masuk taska terbabit, semalam. Gambar kecil, Zamani, terima  aduan.
DITUTUP…pegawai JKM memasang pita di pintu masuk taska terbabit, semalam. Gambar kecil, Zamani, terima aduan.

SHAH ALAM: Kegagalan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Pulau Lumut, Seksyen U10, Alam Budiman di sini, mematuhi arahan mendaftarkan operasi mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tiga kali diberi peringatan mengundang padah apabila premis itu diarah tutup semalam.

Taska dua tingkat yang beroperasi sejak 2009 itu sudah menerima tiga surat peringatan selepas JKM menerima aduan orang ramai, namun masih gagal mematuhinya menyebabkan tindakan penutupan diambil.

Ketika operasi berlaku sedikit kekecohan apabila seorang bapa yang menempatkan anaknya di situ mempersoalkan tindakan JKM yang dianggapnya menyusahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, keadaan ditenangkan apabila pegawai JKM menjelaskan pengusaha taska terbabit boleh meneruskan operasi selepas mematuhi peraturan.

 
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM, Zamani Mokhtar, berkata JKM menerima tiga aduan mengenai taska itu termasuk dakwaan berlaku penderaan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke sana.