Pagi terlepas tengah hari punah – Metro


Pagi terlepas tengah hari punah

KULIM: Sikap tamaksebuah keluarga termasuk tiga beranak yang kembali buat kali kedua bagi melarikan puluhan basikal dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kelang Lama,di sini,berakhir apabila mereka ditahan,kelmarin.

Kumpulan membabitkan seorang bapa berusia 51 tahun bersama dua anak lelaki, masing-masing berusia 15 dan 16 tahun serta bapa saudara 20-an dicekup polis selepas menerima maklumat mengenai perlakuan mencurigakan kumpulan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata mereka ditahan jam 12.45 tengah hari ketika memunggah basikal yang masih belum dipasang di dalam kotak untuk dimasukkan ke dalam lori.

Menurutnya, gelagat mereka mencurigakan orang ramai yang melalui kawasan itu yang mendapati kilang itu tidakberoperasi kerana pekerja bercuti sempena Aidilfitri.

“Polis yang menerima maklumat bergegas ke kilang terbabitdan menahan empat suspek sedang memunggah barang curi kedalam lori.

“Siasatan mendapati,suspek sudah mencuri barang di kilang itu sebanyak dua kali pada hari sama iaitu pada awal pagi dan kali kedua ketika mereka ditahan. Kita turut menahan seorang pengawal keselamatan wanita di kilang terbabit dipercayai turut bersubahat.

“Soal siasatke atas suspek turutmenemui semula basikal yang dicuri bernilai RM25,000 di Pulau Pinang selain merampas dua lori dan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai pembeli barangan curi itu untuk siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis percaya kumpulan terbabitmenjalankan kegiatan mencuri barangan di kilang itu berikutan kedudukan premis terbabit yang sunyi berikutan banyak kilang tidakberoperasi.

“Semua suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.