PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)


PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Kategori Surat Siaran
Bil 38
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Maklumat
Fail PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Tarikh 10 January 2013

Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG) Penyelenggaraan Sistem SPLG


Pengemaskinian Maklumat Kursus 
Tarikh Notis :4/1/2013
Proses pengemaskinian dan daftar kursus bagi tahun 2012 hanya akan dibuka sehingga 31 Januari 2013.

Semua Penyelaras Latihan dan SULDP diminta untuk mempastikan proses tersebut dilaksanakan sebelum tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh tersebut hanya kursus Tahun 2013 sahaja yang boleh diterima.

Terima Kasih

Penyelenggaraan Sistem SPLG 

Tarikh Notis :14/1/2013
Pihak Pentadbir Sistem akan membuat kerja-kerja penyelengaraan pangkalan data SPLG
pada 12 – 17 Januari 2013. Semasa penyelengaraan ini dibuat SPLG tidak akan dapat
di capai oleh pengguna. PIhak Pentadbir memohon maaf atas kesulitan yang di alami.
Sekian, terima kasih.

Mendaftar Kursus kursus 2013 
Tarikh Notis :7/1/2013
Mohon semua Setiausaha LDP mendaftarkan senarai kursus (takwim) bagi kursus- kursus yang akan dijalankan pada 2013 ini.

Muat Naik Gambar 
Tarikh Notis :4/1/2013
Sedikit Tips Cara-cara Untuk Muat Naik Gambar:-

1-Pastikan gambar yg hendak di muat naik sesuai untuk paparan kepada pihak pengurusan tertingggi KPM dan dalam format .jpg sahaja.

2-Pastikan nama gambar telah diubah kepada nombor kad pengenalan pengguna.
Cthnya:- 710102102345.jpg

3-Saiz gambar mesti kurang daripada 200 kb.

4-Gunakan browser ‘Modzilla Firefox’ atau ‘Google Chrome’ sahaja

 

Maklumat lanjut lawat http://apps1.moe.gov.my/splg/

APLIKASI PANGKALAN DATA MURID 2013 DITANGGUHKAN KE TARIKH BAHARU


 

Makluman Kepada Semua

Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah).

Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.

Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 

Muat turun pekeliling ‘Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid’

Maklumat lanjut lawat http://sekolahmalaysia.com/

e-mel anda: Lapan masalah – Metro


e-mel anda: Lapan masalah
SAYA salah seorang guru dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diberi peluang untuk berkhidmat di sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Saya bersyukur kerana dapat terus mengajar selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah universiti di ibu kota.
Sepanjang pengalaman mengajar selama tiga tahun di SABK, saya berasa terpanggil untuk meluahkan kekecewaan kerana berasakan kebajikan saya sebagai seorang guru tidak langsung dijaga.

Antara isu yang ingin diketengahkan sepanjang pengamatan saya selama tiga tahun SABK adalah:
1. Sekolah selalu ketinggalan dalam semua aspek

Sekolah saya selalu ketinggalan dalam semua aspek atau dengan kata lain selalu terkebelakang dalam sesuatu perkara.

Antara contoh adalah tidak mendapat sebarang maklumat daripada pihak berkenaan tidak kira di pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau pihak kerajaan negeri sendiri sekiranya guru terpaksa menghadiri sebarang kursus.

Kadangkala surat panggilan kursus sampai kepada guru setelah tamatnya tempoh untuk menghadiri kursus berkenaan.

Antara isu terbaru yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) apabila kekalutan setiausaha peperiksaan di sekolah menyebabkan saya terpaksa bersengkang mata ketika dalam Ujian Pengesanan 1 yang lalu.

Mujurlah atas bantuan ihsan setiausaha peperiksaan di sebuah sekolah yang lain membantu beliau dalam menjanakan semua maklumat di dalam sistem berkenaan.

Apa yang peliknya kenapa sekolah saya saja yang tidak dipanggil dalam sebarang mesyuarat sedangkan sekolah SABK yang lain sedia maklum mengenai APDM ini?

Maklum balas yang diperoleh daripada guru SABK yang lain mengenai masalah ini adalah pengetua yang menghadiri taklimat APDM ini.

Itu baru membabitkan isu peperiksaan yang terbaru, belum lagi saya menyenaraikan beberapa agenda yang selama ini sekolah saya selalu terkebelakang.
2. Guru bermasalah

Ketika menerima surat penempatan untuk berkhidmat di SABK, jiwa saya teruja dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mencurah bakti di sekolah.

Tetapi, semangat keterujaan saya semakin hari semakin nipis setelah menghadapi pelbagai kerenah guru yang bermasalah dari segi kesihatan tidak kiralah kesihatan daripada segi mental mahupun fizikal.

Bukan untuk mengungkitkan mengenai taraf kesihatan guru terbabit, tetapi di sekolah saya memang mempunyai beberapa orang guru yang dimaksudkan.
3. Budaya tolak kerja

Sudahlah bermasalah seperti yang dinyatakan di atas, malah jika diberi tugasan menolak mentah-mentah tanpa menerima terlebih dulu tugasan berkenaan.
Alasan yang diberikan adalah ‘saya sakit, saya tidak mampu buat, saya tidak larat nak buat semua ini.’

Kadang-kadang terfikir juga saya, adakah mereka ini tidak menempuh cabaran kerja sebegini semasa di universiti atau maktab dulu.

Mungkin pembaca boleh menilai, tidak sama cabaran kerja semasa di universiti mahupun maktab dengan cabaran kerja sekarang, tapi kalau diikutkan cabaran kerja semasa kita menuntut di universiti mahupun maktab itulah yang boleh kita kongsi dan bawa ke alam pekerjaan kita yang sebenarnya.

Kalau diikutkan rasa amarah di hati mahu saja saya melemparkan fail-fail serahan tugas, tapi terfikir lagi oleh saya mana nilai-nilai sikap seorang guru yang terkenal dengan sikap sabar.
4. Masalah pentadbir

Semasa perjanjian persefahaman (MoU), Tuan Mudir (Pengetua) sekolah SABK adalah terdiri daripada guru kerajaan negeri dan semua lantikan guru kanan adalah lantikan pihak sekolah.

Tidak kiralah guru dari mana atau lantikan dari mana sekalipun, asalkan sekolah itu mempunyai Tuan Mudir (Pengetua) yang diberi amanah untuk bersama-sama dengan pihak guru yang lain dalam meningkatkan kemajuan sekolah.

Tetapi ini tidak berlaku di sekolah saya. Maksud saya adalah, sekolah saya memang mempunyai seorang Tuan Mudir (Pengetua), tetapi macam tidak ada pengetua yang turut bersama-sama dengan guru yang lain berkongsi untuk percambahan minda dalam meningkatkan kemajuan sekolah.
5. Masalah kerani yang tidak pandai membuat kerja

Sudahlah bertimpa-timpa masalah yang sedang dialami oleh sekolah saya, apabila saja menyentuh mengenai kerani sekolah, saya selalu menjadi emosional.
Dengan pengurusan yang kurang cekap dalam mengendalikan urusan sekolah, maka banyak aduan yang hendak saya kemukakan mengenai kerenah kerani sekolah saya.
6. Sikap pilih kasih

Saya berasakan wujudnya sikap diskriminasi atau sikap pilih kasih yang ditunjukkan oleh pihak pentadbir kepada guru dari KPM dan juga guru dari kerajaan negeri.

Sikap pilih kasih yang dimaksudkan adalah seperti selalu membezakan antara guru dari KPM dan juga guru dari kerajaan negeri apabila pihak pentadbir lebih menganaktirikan guru dari KPM atau dengan kata lain sentiasa melebihkan guru dari kerajaan negeri.

Saya percaya sikap sedemikian mungkin disebabkan pihak pentadbir adalah terdiri daripada guru kerajaan negeri, maka wujudlah budaya seperti ini.
7. Tidak mahu meningkatkan kemahiran diri

Dalam sesebuah sekolah, memang terdapat guru yang senior dan juga junior. Kalau diikutkan kepada pengalaman, maka cikgu senior yang patut menjadi ‘role model’ kepada guru junior.

‘Role model’ yang dimaksudkan adalah teratur dari segi kerja, sentiasa meningkatkan kemahiran diri tidak kira dalam aspek pemikiran, pengetahuan dan kemahiran yang lain.

Sebagai contoh adalah kemahiran dalam menggunakan komputer.

Cuba bayangkan masih lagi terdapat guru yang bekerja di alaf baru ini yang masih tidak mahu belajar meningkatkan kemahiran diri sedangkan tuntutan hakiki kerja sekarang berkehendakkan guru yang perlu bersedia dan juga mampu mengubah anjakan paradigma sejajar dengan perubahan dunia pendidikan global.

Contoh budaya kerja di sekolah saya adalah seperti ini iaitu 100 peratus bebanan kerja akan dilepaskan ke atas bahu guru terutamanya guru junior yang mampu membuat kerja dengan baik dan cekap serta pandai dalam kemahiran berkomputer.
8. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak aktif

Boleh dirumuskan bahawa PIBG di sekolah saya ibarat seperti hidup segan mati tidak mahu. Kadangkala apabila berborak dengan rakan seperjuangan yang menjadi guru di sekolah lain dengan gah bercakap sekolah mereka mampu untuk melaksanakan sebarang aktiviti kerana pihak PIBG memang bergerak aktif dalam mencari tajaan pihak luar.

Bukan setakat pihak PIBG saja, malah pentadbir sekolah juga patut memainkan peranan lebih-lebih lagi pengetua.

Sebagai penutup, itu adalah sebahagian pengamatan saya secara zahirnya selama berada di sekolah SABK selama tiga tahun.

Saya berharap keluhan atau aduan yang saya kemukakan ini mendapat maklum balas segera daripada pihak berkenaan.
GURU KPM SABK
YANG KECEWA,
Lembah Klang

Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan bagi tahun 2012


Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan bagi tahun 2012

Bagi permohonan baru Biasiswa Persekutuan tahun 2012, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian(URL: http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia) selewat-lewatnya  15 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir.

Segala kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian


Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian

Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian


Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian

Sukacita dilampirkan Surat Arahan  seperti lampiran dibawah :

Gnowledge.com salur talian percuma – Berita Harian


Gnowledge.com salur talian percuma

2012/01/26

PELAJAR sekolah seluruh negara berpeluang memperoleh pelbagai manfaat dan maklumat secara percuma melalui produk pendidikan berasaskan Teknologi Maklumat (IT) Gnowledge.com yang diwujudkan oleh Gnowledge Sdn Bhd.

Gnowledge.com adalah modul pendidikan secara dalam talian yang membolehkan penggunanya mencipta, mengolah, berkongsi maklumat serta mengambil ujian serta latihan mengikut tajuk, subjek dan gred secara percuma.

Syarikat penyedia kandungan itu berkata, pihak sekolah berpeluang memperoleh pelbagai faedah melalui pangkalan data dalam talian Gnowledge bagi penggunaan sekerap mungkin bertujuan berkongsi ujian dan latihan sebagai alat pembelajaran berkesan.

Katanya, guru juga boleh menyimpan semua soalan ujian dan latihan yang kerap digunakan menerusi portal Gnowledge untuk kegunaan pelajar secara individu atau kelas pada kemudian hari.