Tangan adik bercacah lambang kongsi gelap – Metro


Tangan adik bercacah lambang kongsi gelap

 1  1 Google +1  0  0

Batu Pahat: Dengan menjadikan pelajar belasan tahun sebagai sasaran, Geng 04 di daerah ini dikatakan aktif merekrut remaja bertujuan mengukuhkan kegiatan gengsterisme dan pengaruh mereka.

Setiap ahli baru yang direkrut turut diumpan imbuhan wang dan jaminan keselamatan menyebabkan remaja termasuk yang masih bersekolah mudah terpengaruh untuk menyertai kumpulan haram itu.
Dengan menggunakan tatu bersimbol seperti lambang Nazi di tangan setiap anggotanya, Geng 04 dipercayai memperalatkan anggota mereka termasuk remaja untuk melakukan kegiatan pengedaran dadah selain terbabit dalam pergaduhan berkumpulan.

 

Mendedahkan perkara ini, seorang abang kepada ahli kumpulan 04, yang hanya mahu dikenali sebagai Suresh, 30, berkata, dia menyedari adik lelakinya yang dikenali sebagai Ravi, 16, terbabit dalam Geng 04 selepas ternampak tatu di tangan kiri remaja itu.
“Saya terkejut apabila ternampak simbol itu di tangan adik menyebabkan saya mula menyoalnya beberapa soalan bagi mengetahui perkara sebenar.
“Pada mulanya dia enggan memberi jawapan, namun selepas dipujuk baru dia mengaku dan mendakwa dia dipaksa menyertai kumpulan itu.

 

“Adik saya juga memberitahu jika saya mendedahkan keahliannya, dia dibelasah,” katanya.
Suresh berkata, adiknya direkrut menjadi ahli Geng 04 oleh seorang lelaki yang menemuinya dan beberapa rakannya ketika dia bekerja sambilan di sebuah kedai di Yong Peng.

 

“Ada antara mereka juga diarahkan untuk mengedar dadah secara kecil-kecilan selain turut terbabit sekiranya terdapat pergaduhan.
“Kumpulan itu amat licik kerana saya dimaklumkan mereka juga memasang umpan duit sebagai habuan kepada pelajar yang menyertai kumpulan.
“Selain menconteng papan tanda dengan angka 04 bagi menunjukkan kawasan ‘jajahan’ mereka, geng terbabit turut bertindak ganas sekiranya arahan mereka diingkari,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/29

MAKLUMAN PENYELARASAN PEMAKAIAN NAMA ‘KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’ BAGI PAPAN TANDA BANGUNAN, PAPAN TUNJUK ARAH SERTA KENDERAAN JABATAN


MAKLUMAN PENYELARASAN PEMAKAIAN NAMA ‘KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’ BAGI PAPAN TANDA BANGUNAN, PAPAN TUNJUK ARAH SERTA KENDERAAN JABATAN

15 August 2013

Salam Sejahtera YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Bersama-sama ini ini disertakan Surat Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan yang berkaitan untuk makluman dan tindakan selanjut pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun
Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan

Remaja maut rempuh sama sendiri – Berita Harian


Remaja maut rempuh sama sendiri
04:12:43 AM Oleh Omar Osman dan Zulaity Zulkiffli Cetak Emel Kawan

Sungai Petani: Dua remaja maut, seorang lagi parah apabila motosikal ditunggang mereka bertembung sesama sendiri dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku di kawasan Padang Lembu dekat Gurun, ketika ketiga-tiga motosikal itu dalam perjalanan menghala Kampung Paya Mengkuang dekat Pendang, jam 11.50 malam.

Dua yang terbunuh dikenal pasti sebagai Mohd Azim Azmi Ismail, 17 dan Mohd Hafiz Baharom, 18, manakala seorang lagi remaja berusia 17 tahun, Mohd Khairolnizam Ayob, parah. Semua mangsa dikatakan berasal dari Kampung Paya Mengkuang, dekat sini.
Jalan siasatan

Ketua Trafik Kuala Muda, Deputi Superintendan Mohd Kamil Ahmad, berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada ketiga-tiga motosikal dari arah sama atau bertentangan. Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian.

Dalam kemalangan berasingan, seorang remaja maut apabila motosikal dinaikinya terbabas dan melanggar papan tanda di tepi jalan selekoh berhampiran Kampung Tempayan Pecah dekat Ayer Hitam di sini, petang kelmarin.

Mohamad Azizi Ishak, 16, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian jam 7.30 petang.