Menteri, pegawai pendidikan turun padang pantau kenaikan harga barang di sekolah – Berita Harian


Menteri, pegawai pendidikan turun padang pantau kenaikan harga barang di sekolah

2014/01/16 – 09:51:18 AMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Kepemimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan termasuk menteri, serta pegawai di peringkat negeri dan daerah akan turun padang secara mengejut bagi memantau kenaikan harga barang yang dilaporkan berlaku di sekolah.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata beliau sudah mengarahkan Pengarah Pendidikan Negeri untuk melihat sendiri situasi berkenaan bagi memastikan pelajar dan ibu bapa tidak terbeban dengan kenaikan harga makanan.

“Bagaimanapun kita dapati tidak semua kantin menaikkan harga makanan seperti dilaporkan, namun kita akan terus memastikan ia terkawal,” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 9 (1), Presint 9 di sini, sebentar tadi.