Pelajar maut nahas motosikal – Bernama


Pelajar maut nahas motosikal

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta berhampiran simpang Air Terjun Pandan, dekat sini, ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Faeznur Farhan, 13, pelajar Sekolah Menengah Sri Pancing Selatan itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Pentadbiran Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa dari arah Sungai Pancing Utara menuju ke sekolahnya.

“Sampai tempat kejadian, mangsa dipercayai telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu seorang peneroka, Basri Amat, 57 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

 
Zainalabidin berkata pemandu kereta Proton Iswara tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa juga tidak memiliki lesen memandu yang sah dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Bernama

Pelajar maut nahas motosikal, kereta – Bernama


Pelajar maut nahas motosikal, kereta 

2011/11/09

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km141 Jalan Kuantan-Bahau, dekat Muadzam, semalam.

Norfisa Omar, 15, yang menunggang motosikal berasal dari Bukit Serok, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sementara rakannya, Mohd Hairul Hisham Mustafa, cedera parah dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata kejadian berlaku jam 1.55 petang ketika kereta Proton Wira terbabit dipandu dari arah Bahau menuju ke Kuantan merempuh motosikal berkenaan di satu persimpangan.

“Ketika kejadian motosikal mangsa dikatakan tiba-tiba melintas dan terus dirempuh kenderaan tersebut,” katanya di sini, hari ini. – BERNAMA