Pelajar miskin Pulau Pinang dibantu – Kosmo


Pelajar miskin Pulau Pinang dibantu

 

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my

 

ROSMAN (kanan) memakaikan seragam sekolah seorang murid pada majlis penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah di Penaga, Kepala Batas semalam.

 

KEPALA BATAS – Seramai 699 pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Pulau Pinang mendapat berita gembira apabila mereka akan diberi bantuan pakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan 2012.

Bantuan disediakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan akan diserahkan kepada pelajar dari keluarga miskin dan kurang mampu yang dipilih daripada senarai e-Kasih.

Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Perda, Rosman Hashim berkata, sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

“Program bantuan pakaian seragam sekolah ini merupakan program tahunan Perda bagi membantu mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan di negeri ini,” katanya selepas menyerahkan bantuan tersebut di Penaga di sini semalam.