Pelajar sekolah hangatkan debat – Kosmo


Pelajar sekolah hangatkan debat

 

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

 

SEORANG pelajar, Nur Syafiqah Jasni (berdiri) mewakili SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam menyertai Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam di UiTM, Shah Alam semalam.

 

SHAH ALAM – Program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti dihangatkan lagi dengan penglibatan para pelajar sekolah yang menyertai program itu pada hari ketujuh di Anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi; Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam dan SMK Kuala Kubu Bharu dekat sini.

Antara usul yang dibahaskan oleh kumpulan pelajar pada sesi perdebatan sidang ke-146 hingga ke-151 itu ialah tajuk Generasi Merdeka Mampu Transformasi Perpaduan Negara dan Kemiskinan Punca Pencemaran Alam.