Pelajar tingkatan lima maut – Sinar Harian


Pelajar tingkatan lima maut

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
26 September 2012

TAPAH – Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini maut dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi.

Mangsa, Ariffin Ramli, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Butong Adil maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya terbabas.