ANJAKAN ISU #1 [MUAT TURUN]
02 May 2013
Muat turun ‘Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1’ di bawah.
Muat Turun |
---|
Anjakan Isu #1 |
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
02 May 2013
Muat turun ‘Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1’ di bawah.
Muat Turun |
---|
Anjakan Isu #1 |
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
*NEW : Maklumat lanjut di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/
19 April 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2014 akan dibuka mulai 19 April 2013 (Jumaat) hingga 19 Mei 2013 (Ahad) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk dan fahamiTATACARA DAN PANDUAN terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.
Sekian, terima kasih
Oleh Adnan Mohamad
Bachok: Meskipun tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana mengalami kemurungan dan tekanan yang sukar diramal dikenali sebagai ‘panic disorder’ ia tidak menghalang seorang pelajar untuk meraih 6A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan, semalam.
Mohamad Hakimi Mamat, 18, meraih keputusan A dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik manakala B dalam Biologi serta dua C dalam Bahasa Inggeris dan Kimia.
Katanya, disebabkan masalah itu, dia hanya belajar bersendirian di rumah sambil ditemani ibunya Mek Kiah Mat Daud, 55, sementara bapanya Mamat Abdullah, 56, keluar bekerja sebagai pencari barang lusuh.
“Selepas mengalami masalah tekanan, saya akui tidak boleh berada di sesuatu tempat yang ramai orang kerana menyebabkan saya menjadi cepat panik dan berpeluh.
“Ekoran keadaan itu, saya tidak boleh belajar di sekolah bersama rakan lain. Namun begitu, setiap kali peperiksaan guru akan mengirimkan kertas soalan melalui rakan supaya saya menjawabnya,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, di sini, semalam.
09 January 2013
PERUTUSAN TAHUN BARU 2013
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BOLEH DITONTON MELALUI
PADA 10 JANUARI 2013
JAM 10.00 PAGI
02 January 2013
1. Penyertaan terbuka kepada semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengikut kategori yang berikut: i. Murid Sekolah Rendah ii. Murid Sekolah Menengah iii. Pendidik dan Bakal Pendidik iv. Pegawai dan Staf Sokongan Bahagian / JPN / PPD 2. Tarikh penyertaan dibuka mulai 19/11/2012 hingga tarikh tutup penyertaan pada 10/12/2012. 3. Penyertaan adalah secara atas talian melalui Laman Sesawang KPM atau Laman Sesawang IAB. 4. Penyertaan adalah secara individu dan setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja. 5. Ungkapan bahasa yang dicipta mestilah berdasarkan tema Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 iaitu “1Bahasa 1Bangsa 1Negara”. 6. Ungkapan tersebut perlu mempunyai unsur-unsur falsafah, nilai-nilai estetika, nilai-nilai murni dan berunsur pengajaran. 7. Ungkapan bahasa yang disediakan tidak melebihi 12 patah perkataan dan huraiannya pula tidak melebihi 100 patah perkataan. 8. Setiap penyertaan mestilah hasil ciptaan sendiri dan jika terdapat unsur-unsur plagiat penyertaan akan dibatalkan. 9. Keputusan pertandingan akan diumumkan di Laman Sesawang KPM dan Laman Sesawang IAB. Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urus setia. 10. Keputusan panel hakim adalah muktamad. ** Pihak urus setia tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. |
Hadiah yang ditawarkan Hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan untuk setiap kategori: ppt@iab.edu.my/mni |
IPOH: Seramai 19 anggota Tentera Darat lengkap beruniform mengejutkan lebih 150 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini, semalam apabila hadir memasuki dewan sebagai calon persendirian.
Semua anggota lelaki berusia antara 23 dan 27 tahun itu antara 44,291 calon yang menduduki SPM di negeri ini termasuk 2,585 calon persendirian. Mereka hadir di pekarangan sekolah berkenaan pada jam 7 pagi sebelum menduduki kertas peperiksaan pertama, Bahasa Melayu Kertas 1 bermula jam 8 pagi Calon paling tua, Prebet Mohd Azree Mohd Fauzi, 27, dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Sangro, Taiping mengakui sangat teruja menduduki peperiksaan itu selepas hampir 10 bulan menelaah pelajaran di Kem 2 Briged, di sini.
Dia yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata, dia mula memasuki Pusat Pendidikan Wilayah (PPW) 2 Briged selepas melepasi tapisan untuk menjalani program pembelajaran di kem berkenaan.
“Selepas hampir tujuh tahun berkhidmat, tiba masanya untuk saya membuktikan kepada keluarga yang saya mampu menduduki peperiksaan itu selepas hanya menamatkan alam persekolahan setakat Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06
Semakan keputusan dan penempatan bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan 2/2012 telah dibuka untuk disemak. Untuk semakan lanjut klik link di bawah.
KLIK DI BAWAH
|
Jika tidak dapat klik, anda boleh melawat terus di sini. http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg92012/ppgtawar/
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pendidikan Guru di talian
03-8884 1242 / 1260 / 1245 / 1228 / 1272
Bapa dakwa anak parah dipukul, dibuang sekolah tanpa sebab
KUALA TERENGGANU – Seorang bapa mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa dera, buli dan pukul oleh beberapa pelajar asrama dalam satu kejadian 13 Julai lalu di sebuah sekolah, dekat sini.
Bapa pelajar terbabit, Ghazali Mat Min, 50, mendakwa, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, anaknya, Muhammad Nor Aiman, 16, bukan sahaja cedera parah, tetapi dibuang sekolah pada 2 Ogos ‘tanpa sebab musabab’.
Ghazali berkata, demi memperjuangkan nasib anaknya, dia meminta Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan siasatan terhadap sekolah terbabit.
Dia mendakwa sepanjang bulan lalu sahaja, seramai 14 pelajar sudah dibuang sekolah, sedangkan mereka sepatutnya diberi peluang kedua sebelum tindakan tegas dikenakan.
Katanya sejurus mendapat tahu anaknya dibuang sekolah, saya terus berjumpa pihak sekolah untuk membuat rayuan supaya anak saya diterima kembali belajar di situ memandangkan tahun
depan dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun malangnya tidak diterima.
“Saya kesal dengan apa yang berlaku. Mengapa anak saya yang menjadi mangsa dibuang sekolah sedangkan beberapa pelajar yang memukul dan mendera anak saya tidak dikenakan apa-apa tindakan, walaupun pelajar itu sendiri membuat pengakuan bersalah di depan saya dan warden bertugas,” dakwanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Gong Badak, di sini, semalam.
Ghazali, seorang peniaga, telah mengambil keputusan membuat laporan polis bagi meminta penyiasatan segera dilakukan berhubung kejadian menimpa anaknya itu dan mahu nasib anaknya
dibela.
“Saya terpaksa mengambil keputusan ini walaupun sudah bersetuju sebelum ini agar tidak melaporkan kepada polis dengan harapan pihak sekolah dapat menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pelajar terbabit.
“Sebelum ini saya sudah memberi ruang dan masa kepada pihak sekolah supaya menjalankan siasatan dalaman secara terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya, namun sehingga hari ini, senyap sahaja,” katanya.
Pada masa sama, Ghazali turut meluahkan rasa kecewa dan kesalnya kerana mendakwa warden bertugas hanya memberitahu kejadian menimpa anak sulungnya itu 16 jam selepas kejadian.
“Pihak sekolah atau warden langsung tidak memaklumkan kejadian hinggalah saya ke sekolah untuk mengambilnya. Ketika itu anak saya dalam keadaan lemah. Saya terus membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu malah boleh mengakibatkan kematian jika lewat mendapatkan rawatan,” dakwanya lagi.
PERMOHONAN PROGRAM BAHASA JEPUN SATU (1) TAHUN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN 2013 (KOHORT 7) BOLEH DILAYARI MELALUI LAMAN SESAWANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DI ALAMAThttp://www.moe.gov.my MULAI 1 JUN 2012 |