Tidak semua boleh jadi pendidik – Metro


Tidak semua boleh jadi pendidik

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Bakal guru yang akan berkhidmat dalam sektor pendidikan negara perlu sentiasa bersyukur kerana dipilih menyertai profesion itu, berikutan tugasan mendidik anak bangsa yang cukup istimewa dan disanjung tinggi.

Pesanan daripada bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu sebagai menyuntik semangat buat golongan berkenaan yang ketika ini dilihat kurang menyerlah berbanding generasi pendidik terdahulu.
Alimuddin berkata, bukan semua belia di negara ini terpilih untuk mengikuti kursus perguruan, malah ribuan permohonan yang diterima sepanjang tahun disaring dengan terperinci, memastikan hanya mereka berkualiti saja diambil berkhidmat.

 

“Kerana itu saya kata bakal guru kena bersyukur, mereka berada dalam profesion yang penting dan hanya berkualiti serta berkelayakan saja terpilih untuk menjadi seorang guru.
“Jadi, berilah masa dan kumpulkan tenaga untuk mendidik anak bangsa supaya mereka menjadi insan yang cemerlang, mempunyai pencapaian tinggi dan mungkin memimpin satu hari nanti. Itu cabarannya,” katanya di sini, semalam.
Beliau ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) yang dirasmikan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Lee Boon Hua.

 

 

Alimuddin hadir sebagai tetamu jemputan bagi mini dialog yang membincangkan mengenai prestasi guru, perubahan pendidikan negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Menurutnya, Malaysia mengalami perubahan dalam sektor pendidikan setanding statusnya menghampiri negara maju, justeru guru perlu bergerak seiring dengan memfokus kepada bagaimana membangunkan modal insan cemerlang.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25

Pelan pendidikan akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja – Utusan


Pelan pendidikan akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan lengkap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja selepas diluluskan di peringkat Kabinet, Disember ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hasrat itu dibuat supaya semua pihak termasuk peringkat tertinggi terlibat secara langsung memandangkan pelan tersebut merupakan satu anjakan besar negara.

Beliau berkata demikian selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang di sini hari ini. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121023/dn_21/Pelan-pendidikan-akan-dipersembah-kepada-Majlis-Raja-Raja#ixzz2A7BuC4xt
© Utusan Melayu (M) Bhd

BAJET 2013 – FOKUS KEDUA: MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN


BAJET 2013 – FOKUS KEDUA: MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

 

1.      Fokus Kedua: Memperkasa Pendidikan dan Latihan. Sememangnya sejak merdeka, Kerajaan telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera. Lalu, setiap tahun menyaksikan peruntukan besar dan kali ini 21 peratus daripada keseluruhan bajet. Namun, didapati hasil yang diperolehi tidak setara dengan pelaburan yang telah dibuat. Maka, pada 11 September lepas, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan sistem pendidikan negara akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak Malaysia.

 

2.      Bagi Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.

 

3.      Berbicara tentang itu, langkah meningkat upaya kompetensi dan kualiti guru merupakan prasyarat kritikal yang menunjang kejayaan sistem pendidikan negara. Oleh itu, bagi menjana mula prakarsa ini, di samping 38.7 bilion ringgit peruntukan kepada Kementerian Pelajaran bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matematik melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills. Peruntukan ini juga merangkumi penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan atau Education Delivery Unit bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

4.      Pada pembentangan Bajet 2012, Kerajaan telah menyediakan sebanyak 1 bilion ringgit di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Untuk meneruskan komitmen Kerajaan, sukacita saya mengumumkan tambahan 1 bilion ringgit lagi kepada Tabung khas ini. Daripada jumlah ini, 400 juta ringgit akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, 100 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 juta ringgit Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 100 juta ringgit Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 100 juta ringgit Sekolah Berasrama Penuh dan 100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.

 

Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

5.      Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

 

6.      Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut:

 

Pertama:     Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;

Kedua:        Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan;

 

Ketiga:        Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan

 

Keempat :  Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.

 

7.      Pada masa ini, kita dapati ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan TASKA OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.

 

 

 

Latihan Dan Kemahiran

 

8.      Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, program latihan akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baru selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

 

9.      Setiap tahun hampir 180 ribu graduan berkelulusan diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi. Untuk membantu mereka yang masih menganggur, maka Kerajaan akan melancarkan Graduate Employability Blueprint pada penghujung tahun 2012. Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Dalam hal ini, Kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan 200 juta ringgit.

 

10.    Kerajaan telah melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016.

 

11.    Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan juga memperuntukkan 366 juta ringgit bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.

 

12.    Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan matlamat mentransformasikan industri utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan berbakat di dalam industri terpilih termasuk industri minyak dan gas, perkapalan, ICT, kreatif serta bioteknologi. Bagi tahun 2013, dijangka seramai 5,000 pelatih akan menyertainya. Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

 

13.    Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

 

14.    Bagi memastikan golongan pekerja swasta adalah sentiasa sihat dan produktif dalam menyumbang kepada pembangunan syarikat dan ekonomi negara, aspek kesihatan mesti diberi keutamaan. Untuk ini, PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO.  Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit, kepada semua pekerja yang berumur antara 40 hingga 55 tahun.

Muhyiddin: Kelas peralihan di SMK dijangka dimansuh menjelang 2017 – Bernama


Muhyiddin: Kelas peralihan di SMK dijangka dimansuh menjelang 2017

27 September 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk melaksanakan kurikulum Bahasa Melayu yang sama dengan Sekolah Kebangsaan untuk pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), bermula dengan murid kohort Tahun Empat pada 2014.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata dengan peningkatan penguasaan Bahasa Melayu murid SJKC dan SJKT, dijangkakan kelas-kelas peralihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara akan dapat dimansuh menjelang 2017.

Beliau berkata cadangan yang akan dilaksana melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dapat memendekkan tempoh persekolahan murid-murid SJKC dan SJKT yang memilih untuk belajar di SMK.

“Kementerian akan memastikan murid-murid SJKC dan SJKT yang mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu diberi sokongan yang secukupnya melalui kelas-kelas pemulihan yang diadakan sehingga lima jam seminggu.

“Selain itu, kementerian juga akan memastikan pelaksanaan kurikulum ini tidak membebankan murid-murid SJKC dan SJKT, yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama untuk mata pelajaran lain,” katanya ketika menutup Festival Bahasa dan Sastera 2012 di sini hari ini.

Festival tiga hari itu diadakan khusus untuk murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di seluruh negara.

Acara forum, pidato, bercerita, membaca puisi, menulis dan menyanyi dalam bahasa kebangsaan dianjurkan sepanjang festival itu.

Muhyiddin berkata kementerian juga akan menyediakan latihan yang secukupnya kepada guru-guru bahasa Melayu di SJKC dan SJKT supaya mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan baik dan berkesan.

Beliau berkata tumpuan akan diberi kepada keupayaan guru untuk mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid bagi memenuhi keperluan murid yang berbeza.

“Sekiranya perlu, guru bahasa Melayu tambahan akan diberikan latihan khusus bagi mengelak masalah kekurangan guru di SJKC dan SJKT.

“Menerusi kombinasi dua aspek ini, iaitu meningkatkan standard kurikulum dan memberikan sokongan tambahan kepada murid, kementerian yakin penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di SJKC dan SJKT akan dapat dimantapkan lagi,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan turut menggalakkan setiap murid di negara ini menguasai bahasa asing sebagai nilai tambah, khususnya untuk meningkatkan pemerolehan ilmu dan memenuhi keperluan kerjaya. – Bernama

Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Utusan


Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Antara perkara yang boleh dijangka daripada pelaksanaannya adalah:

Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015.

* Peningkatan dalam kemahiran guru

* Kualiti pengajaran

* Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah

* Mutu kepimpinan sekolah

Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020

* Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.

* Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.

Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025

* Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. – UTUSAN

Sistem pendidikan negara dijangka mula dirombak tahun depan – Bernama


Sistem pendidikan negara dijangka mula dirombak tahun depan

JOHOR BAHARU 14 Julai – Sistem Pendidikan Negara dijangka mengalami rombakan besar-besaran dan proses transformasi bermula tahun hadapan dengan mengambil kira hasil dapatan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalan sejak April lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata transformasi itu akan dijalankan mengikut fasa dengan mendahulukan perkara-perkara yang boleh dilaksana dengan segera tanpa melibatkan perkara besar.

“Kami harapkan satu anjakan berganda dan semua pandangan daripada siri dialog ini telah dicatat, dikaji dan dianalis untuk mendapatkan intipatinya dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 15 tahun dan Pelan Strategik Pendidikan bagi tempoh tiga tahun.

“Jadi ia ada pelan jangka pendek, jangka sederhana, dan panjang iaitu selama 15 tahun supaya bidang yang perlu kita perbaiki dapat dilaksanakan kerana ini satu perkara yang besar dan kalau hendak lihat satu perubahan kita kena mengambil kira banyak perkara dan pandangan untuk pastikan kualiti pendidikan kita setanding negara maju,” katanya. – BERNAMA

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Johor)


KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Johor)

Kerajaan telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cabaran utama merealisasikan hasrat tersebut ialah keupayaan negara menghasilkan modal insan unggul melalui sistem pendidikan yang berkualiti. Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 merupakan wadah bagi perkongsian idea dan lontaran pandangan semua lapisan masyarakat yang dapat dijadikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengemukakan idea dan pandangan kearah transformasi pendidikan negara di Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang akan diadakan seperti berikut:-

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latarbelakang Kajian Semula Pendidikan: Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012, sila muat turun fail di bawah.

Latarbelakang Kajian Semula Pendidikan

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Terengganu)


KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Terengganu)

Kerajaan telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cabaran utama merealisasikan hasrat tersebut ialah keupayaan negara menghasilkan modal insan unggul melalui sistem pendidikan yang berkualiti. Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 merupakan wadah bagi perkongsian idea dan lontaran pandangan semua lapisan masyarakat yang dapat dijadikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengemukakan idea dan pandangan kearah transformasi pendidikan negara di Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang akan diadakan seperti berikut:-

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latarbelakang Kajian Semula Pendidikan: Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012, sila muat turun fail di bawah.

Latarbelakang Kajian Semula Pendidikan

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Pahang dan Kelantan)


KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Pahang dan Kelantan)

Kerajaan telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cabaran utama merealisasikan hasrat tersebut ialah keupayaan negara menghasilkan modal insan unggul melalui sistem pendidikan yang berkualiti. Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 merupakan wadah bagi perkongsian idea dan lontaran pandangan semua lapisan masyarakat yang dapat dijadikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengemukakan idea dan pandangan kearah transformasi pendidikan negara di Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang akan diadakan seperti berikut:-

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latarbelakang Kajian Semula Pendidikan: Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012, sila muat turun fail di bawah.

Latarbelakang Kajian Semula Pendidikan

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Pulau Pinang)


KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Pulau Pinang)

Kerajaan telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cabaran utama merealisasikan hasrat tersebut ialah keupayaan negara menghasilkan modal insan unggul melalui sistem pendidikan yang berkualiti. Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 merupakan wadah bagi perkongsian idea dan lontaran pandangan semua lapisan masyarakat yang dapat dijadikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengemukakan idea dan pandangan kearah transformasi pendidikan negara di Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang akan diadakan seperti berikut:-
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latarbelakang Kajian Semula Pendidikan dan Jadual Sesi Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012, sila muat turun fail-fail di bawah.

Latarbelakang Kajian Semula Pendidikan

Jadual Sesi Dialog Pendidikan Negara 2012