Dara sunti dirogol kekasih – Sinar Harian


Dara sunti dirogol kekasih
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Julai 2012
GEORGETOWN – Tindakan pelajar perempuan berusia 17 tahun keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya untuk bertemu kekasih berakhir dengan episod hitam apabila dia dirogol.

Episod hitam pelajar tingkatan lima bermula selepas dia dipelawa meminum air tin ketika bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah di Bayan Baru, kelmarin.

Mangsa bersama teman lelakinya menikmati air minuman tin sebelum suspek mengajak mangsa menaiki bas ke sebuah lagi pasar raya berdekatan.

Sebaik sampai ke lokasi berkenaan, mangsa dikatakan berasa pening dan berada dalam keadaan separuh sedar.

Ketika itulah mangsa diambil kesempatan dan dijadikan habuan pemuas nafsu kekasih durjana itu.

Menurut sumber, gadis itu hanya menyedari dirinya diperlakukan demikian dan diperkosa selepas kembali tersedar kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa apabila melihat kekasihnya berada di sebelah dan di lokasi yang dia sendiri tidak ketahui.

“Mangsa kemudian melarikan diri dan pulang ke rumah dan memaklumkan ibu bapanya mengenai kejadian itu dan membuat laporan polis,” katanya.

Pelajar derita dirogol abang ipar 5 tahun – Sinar Harian


Pelajar derita dirogol abang ipar 5 tahun

RAIHAM MOHD SANUSI
7 Februari 2012
OCPD-KEMAMAN,-ABDULLAH-SANI-SALAT

KEMAMAN – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.

Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah.

Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009.

Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam.

Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.

Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.

“Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang.

“Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari.  Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang.