Pemuda bantu tuisyen pelajar – Utusan


Pemuda bantu tuisyen pelajar

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan menyediakan tenaga pengajar bagi membolehkan bekas pelajar di pusat tuisyen yang dikatakan menyebar dakwah Kristian secara halus di Jalan Klang Lama meneruskan pembelajaran.

Ketuanya, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya sedang mengenal pasti guru yang bersesuaian untuk mengendalikan kelas tuisyen tersebut kepada pelajar berkenaan.

“Pergerakan Pemuda UMNO melalui Biro Agama dan Kebajikan juga akan berjumpa dengan ibu bapa dan pelajar berkenaan bagi memberikan sebarang bantuan yang boleh,” katanya kepada¬†Utusan Malaysia¬†di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan susulan Pemuda UMNO Seputeh bagi membantu bekas pelajar di pusat tuisyen tersebut yang didapati tidak lagi beroperasi setelah diarahkan tutup oleh kerajaan.