Jerebu: Semua tadika di Melaka diarah tutup mulai esok – Berita Harian


Jerebu: Semua tadika di Melaka diarah tutup mulai esok

2013/06/23 – 16:00:57 PMCetakEmel Kawan
Melaka Tengah: Kerajaan negeri mengarahkan semua tadika di negeri ini ditutup sementara mulai esok berikutan keadaan jerebu yang kini pada paras berbahaya.

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron berkata ia membabitkan semua institusi itu termasuk Tadika Perpaduan, KEMAS dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta milik swasta. “Sehingga pagi ini (semalam), purata Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi seluruh Melaka mencatatkan bacaan 381 iaitu satu angka yang kritikal bagi tahap pencemaran udara.

“Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, kerajaan negeri sudah mengarahkan supaya tadika di bawah KEMAS, Jabatan Perpaduan, JAIM dan milik swasta ditutup sehingga diberitahu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Satu Tahun Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka 2013 di Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.

211 sekolah di Muar, Ledang kekal ditutup esok – Utusan


211 sekolah di Muar, Ledang kekal ditutup esok

 

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR 23 Jun – Semua 211 sekolah di daerah ini dan Ledang kekal ditutup esok ekoran keadaan jerebu yang semakin buruk hari ini.

Pegawai Pendidikan daerah, Ahmad Othman berkata, penutupan sekolah yang melibatkan seramai 76,940 pelajar dan 6,846 guru itu kekal sehingga keadaan bertambah baik sehingga diberitahu kelak.

“Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 767 pagi ini, saya mengumumkan penutupan semua sekolah di Muar dan Ledang,” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat berkaitan jerebu di Pejabat Daerah, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_17/211-sekolah-di-Muar-Ledang-kekal-ditutup-esok#ixzz2X2jhmrr4
© Utusan Melayu (M) Bhd