PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012


PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2012 adalah pada 1 hingga 31 Mac 2012.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohanan lewat tidak akan dilayan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
28 Februari 2012