PERMOHONAN MENGIKUTI DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI DAN KEJURULATIHAN SUKAN 2013


PERMOHONAN MENGIKUTI DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI DAN KEJURULATIHAN SUKAN 2013

22 July 2013
Permohonan mengikuti Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Dan Kejurulatihan Sukan 2013 boleh dilayari melaluihttp://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2013 . Untuk makluman, tarikh pelaksanaan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan telah dipinda kepada 21 Oktober 2013 hingga 18 Disember 2013. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Hadkan aktiviti luar sekolah – Kosmo


Hadkan aktiviti luar sekolah

 

21/06/2013 6:44pm

 

KUALA LUMPUR – Semua sekolah dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar sekolah termasuk pendidikan jasmani bagi menjamin keselamatan dan kesihatan murid-murid, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa’at Tumin hari ini.

Namun ujarnya, perkara itu bergantung kepada tahap jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan masing-masing. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2WrCUSQQm
Hakcipta terpelihara

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN HADIAH BIASISWA SUKAN PENERIMA TERTANGGUNG TAHUN 2012


PEMAKLUMAN PEMBAYARAN HADIAH BIASISWA SUKAN PENERIMA TERTANGGUNG TAHUN 2012

 

Bahagian ini telah membuat bayaran Biasiswa Sukan secara elektronik melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada Penerima Tertanggung bagi tahun 2012. Berikut adalah maklumat terperinci :-
• Nama Bank : Jabatan Khidmat Bayaran, Bank Simpanan Nasional (BSN HQ)
• Nama Organisasi : Jabatan Pendidikan Jasmani & Sukan, KPM
• Tarikh Bayaran : 12.07.2012
• No.Siri : A10000022575

Permohonan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 sebagai opsyen tambahan


Permohonan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 sebagai opsyen tambahan

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru mempelawa semua guru yang berminat untuk mengikuti Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 Anjuran KPM. Program ini akan dijalankan secara Kursus Dalam Perkhidmatan. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi url berikut http://apps.moe.gov.my/abpg/DAPJ2012/ pada atau sebelum 18 Julai 2012. Program akan dijalankan bermula 25 Julai 2012.