Skim Gaji Bersepadu
Skim Gaji Bersepadu
Untuk Makluman,
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
Skim Gaji Bersepadu
Untuk Makluman,
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK
06 September 2013
Keputusan temu duga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi calon yang ditemu duga semasa Program Penilaian Khas boleh disemak di sini mulai 30 Mei 2013. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan akan dikemukan oleh Suruhanjaya ini.
Muat naik pada 30 Mei 2013
PANDUAN RAYUAN PENETAPAN GAJI PERMULAAN LEBIH TINGGI BAGI SKIM PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT). |
|
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini. |
Permohonan Pengecualian Temu Duga Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon-Calon Kategori Cemerlang.Muat naik pada 11 Mac 2013
18 January 2013
Lagu: Transformasi Pendidikan Negara
Artis: Hafiz dan Stacy
Muat Turun |
---|
Lagu Transformasi Pendidikan Negara |
04 January 2013
Muat Turun |
---|
SURAT MAKLUMAN STATUS PELAKSANAAN PEMBERIAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP) |
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013 dilanjutkan sehingga 20 Julai 2012 (Jumaat). Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Tajaan Pendidikan pada atau sebelum 27 Julai 2012 (Jumaat).
Terima kasih.
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN HLP DAN CBBP TB
ARAHAN :
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.
Tatacara Permohonan
1. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Permohonan ini dirbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my
2. Calon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
3. Calon-calon adalah diingatkan agar memahami tatacara dengan teliti serta memasukkan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan ditolak.
4. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
5. Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada waktu yang yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
6. Setelah mengisi permohonan secara online, calon-calon dikehendaki mencetak permohonan tersebut iaitu Borang KPM(LDP)1/2013/1A (bagi permohonan HLP) dan KPM(LDP)1/2013/3A (bagi permohonan CBBP TB) serta memuat turun Borang KPM(BT)LD 2/2010 dan SENARAI SEMAK .
7. Borang yang telah dicetak hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan melalui Ketua Jabatan bersama dengan dokumen berikut :-
a) Borang KPM(BT)LD 2/2010;
b) Satu (1) salinan kad pengenalan pegawai yang disahkan;
c) Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini yang telah disahkan. Sila pastikan kenyataan perkhidmatan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
– tarikh lantikan ke jawatan DG41/DG3
– tarikh pengesahan jawatan DG41/DG3
– maklumat cuti belajar (jika pernah diluluskan cuti belajar)
– tarikh kelulusan perisytiharan harta yang terkini;
d) Satu (1) salinan Borang Umur Opsyen Persaraan Paksa
(di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011);
e) Satu (1) salinan sijil SPM/MCE (atau yang setaraf dengannya) yang disahkan;
f) Satu (1) salinan Ijazah Pertama yang disahkan;
g) Satu (1) salinan Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan;
h) Satu (1) salinan transkrip Ijazah Pertama yang disahkan;
i) Satu (1) salinan transkrip Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan;
j) Satu (1) salinan surat lantikan ke jawatan DG41/DG3 yang disahkan;
k) Satu (1) salinan surat pengesahan jawatan DG41/DG3 yang disahkan;
l) Satu (1) salinan surat kelulusan perisytiharan harta yang terkini yang disahkan; dan
m) Senarai semak.
semua sijil atau dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan semula)
8.Permohonan yang tidak mematuhi syarat / borang dan dokumen yang tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara online akan ditolak.
9. Semua dokumen-dokumen permohonan seperti yang disebut di atas yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(up : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)
Tel: 03-83217100/7144/7145/7135/7140/7138/7137/7136
Faks: 03-83217103
Klik sini untuk Maklumat Panduan permohonan
Perhatian :-
a) Permohonan online dibuka mulai 04 Jun 2012 (Isnin) sehingga 04 Julai 2012 (Rabu).
b) Borang permohonan ini hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 13 Julai 2012 (Jumaat).
c) Sila tandakan Sarjana atau Kedoktoran (mengikut peringkat pengajian permohonan) di SEBELAH ATAS KANAN sampul surat.
PERMOHONAN ONLINE
Sila pastikan anda telah membaca Pengenalan, Tatacara Permohonan dan Syarat-syarat Permohonan Program sebelum mengisi Borang Permohonan Online.
PENGENALAN PROGRAM
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN
JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK
SENARAI BIDANG YANG DITAWARKAN
BORANG PERMOHONAN ONLINE
Keterangan lanjut lawat http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm
Atau
Sebarang masalah mohon hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian 03-88849306 , 03-88849586 , 03-88849370 .