JADUAL PENERBANGAN PENEMPATAN GURU J-QAF AMBILAN 2012 BAGI TAHUN 2013


JADUAL PENERBANGAN PENEMPATAN GURU J-QAF AMBILAN 2012 BAGI TAHUN 2013

15 September 2013

Maklumat Penerbangan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan dimaklumkan di laman web KPM dari semasa ke semasa.
 
Pendaftaran di Hotel Sama-Sama KLIA ialah sehari sebelum tarikh penerbangan pada jam 3 petang.
 
Terima kasih.
LAMPIRAN:
 
Jadual penerbangan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan, danpendaftaran (check in) Hotel Sama-Sama KLIA.
 Muat Turun(fail pdf)

e-GTukar – Sistem Pertukaran Guru Secara Online – Keputusan Pertukaran


e-GTukar – Sistem Pertukaran Guru Secara Online – Keputusan Pertukaran

Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan.

Sumber: http://apps.moe.gov.my/epgo/

PEMAKLUMAN PENEMPATAN GURU INTERIM SK


PEMAKLUMAN PENEMPATAN GURU INTERIM SK

04 March 2013

Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Perhatian:

i.        Dimaklumkan bahawa  calon-calon yang terlibat dengan sesi temuduga lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran adalah dibenarkan untuk menangguhkan urusan melapor diri bertugas sehingga 30 Mac 2013 bagi menghadiri temuduga pelantikan tersebut.

ii.       Semua perbelanjaan bagi urusan melapor diri ke tempat bertugas adalah di bawah tanggungan calon.

Senarai nama guru yang telah ditawarkan penempatan sebagai guru Interim terlatih berkuatkuasa 1 Mac 2013 adalah seperti lampiran di bawah.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun
Lampiran 1 – Sabah
Lampiran 2 – Sarawak
Lampiran 3 – Sarawak

SEMAKAN PENEMPATAN GURU INTERIM DI SEKOLAH MENENGAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013


SEMAKAN PENEMPATAN GURU INTERIM DI SEKOLAH MENENGAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

27 February 2013

Salam Sejahtera,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa

SEMAKAN PENEMPATAN GURU INTERIM DI SEKOLAH MENENGAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

telah dibuka dari 27 Februari hingga 30 April 2013. Sila klik di sini.

Rayuan punca masalah pindah guru – Berita Harian


Rayuan punca masalah pindah guru
2012/06/19

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengaku Kementerian Pelajaran menghadapi masalah untuk memindahkan guru berikutan timbul isu kemanusiaan dan rayuan yang perlu diambil kira.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kekangan penempatan semula menjadi punca utama kementerian tidak dapat memenuhi tuntutan keperluan sebenar, menyebabkan isu kekurangan guru berlarutan.
“Saya kena akui dalam Parlimen, kita menghadapi masalah apabila mengeluarkan arahan perpindahan, ada rayuan, kadang-kadang orang politik memberi surat sokongan (supaya) janganlah pindahkan mereka (guru) kerana diperlukan.
Jika kita hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkan kita tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap. – Tan Sri Muhyiddin Yassin “Jika kita hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkan kita tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Dalam konteks ini, Muhyiddin berkata, agensi dan jabatan lain turut menghadapi masalah sama dari segi penempatan semula kakitangan mereka, namun berikutan saiz kementerian besar meliputi satu pertiga daripada penjawat awam dengan membabitkan 500,000 guru, isu berkenaan perlu diuruskan secara teliti untuk penyelesaian jangka panjang.

Katanya, ini meliputi aspek pengurusan dan pentadbiran mengenai pengambilan dan penempatan guru, terutama menerusi kajian semula sistem pendidikan negara yang sedang dijalankan, walaupun masalah kekurangan yang berlaku atas faktor seperti persaraan, sakit dan cuti bersalin tidak mungkin dapat diatasi 100 peratus.

SEMAKAN PENEMPATAN GURU PELATIH KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI-jQAF) MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN JANUARI 2012


SEMAKAN PENEMPATAN GURU PELATIH KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI-jQAF) MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN JANUARI 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan PENEMPATAN GURU PELATIH KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI-jQAF) MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN JANUARI 2012  boleh disemak di Portal KPM bermula 10 Februari 2012. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Untuk semakan, sila lawat di sini. http://apps.moe.gov.my/gsst/jjQQAAFF/index.cfm

Harap Maklum