PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN TAWARAN OPSYEN SARAAN BARU PERKHIMATAN AWAM (SBPA)


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN TAWARAN OPSYEN SARAAN BARU PERKHIMATAN AWAM (SBPA)

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanmengenai perkara di atas.
2.       Dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) sedang dalam tindakan mengumpul maklumat perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang Cuti Belajar bagi tujuan pemilihan opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
3.        Sehubungan itu, dipohon kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan maklumat PPP yang sedang bercuti belajar di bawah seliaan Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanseperti di Lampiran A. Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanjuga, maklumat yang perlu disi adalah bagi perkhidmatan sedia ada PPP yang merangkumi gred jawatan terkini, Skim Saraan sedia ada, opsyen persaraan sedia ada dan juga maklumat tangga gaji terkini sehingga 31 Disember 2011.
4.        Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanamatlah dihargai untuk mengembalikan Lampiran A yang telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada 19 Disember 2011 melalui email kepada bt.kaunter@moe.gov.my. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas mohon untuk menghubungi Puan Nor Fazila Binti Fauzi di talian 03-8321 7038 atau Nor Farizah Binti Ishak di talian 03-8321 7056.
5.         Di atas segala kerjasama dan perhatian daripada Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanamatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Urusetia SBPA,
Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)
Muat turun
LAMPIRAN A