Pengetua sekolah agama dituduh rasuah lebih RM1 juta
JOHOR BAHRU 15 Okt. – Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan 14 pertuduhan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan suapan berjumlah RM1,120,462.40 bagi syarikat milik isterinya, bermula 2011.
Tertuduh, Bachok@Abdul Samad Abdul Latip, 65, yang merupakan Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di Jalan Jaafar, Benut, Pontian dalam tempoh setahun antara Julai 2011 hingga Julai 2012.
Dia didakwa mengarahkan kakitangan dan guru sekolah tersebut untuk mengeluarkan 14 baucar dan 14 cek Maybank Islamic yang berbeza nilai dalam tempoh tersebut dan ditandatangani tertuduh bagi membuat bayaran kerja membekal makanan di asrama sekolah itu kepada Zainab Enterprise yang merupakan syarikat milik isterinya. – UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121015/ma_01/Pengetua-sekolah-agama-dituduh-rasuah-lebih-RM1-juta#ixzz29R3U2bkN
© Utusan Melayu (M) Bhd