SYARAT-SYARAT DAN GARIS PANDUAN UNTUK PENULISAN ARTIKEL BAGI PENERBITAN JURNAL BTP 2013
15 May 2013
Penulisan Artikel
Artikel yang hendak disumbangkan mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:
- Artikel ditulis berdasarkan hasil kerja penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT atau yang berkaitan ICT dalam Pendidikan.
- Artikel yang ditulis adalah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan.
- Kandungan artikel hendaklah ditulis dalam bentuk berikut:
a) hasil kerja penyelidikan, penemuan, kaedah atau aplikasi baru.
b) mengikut format sistem penulisan APA (American Physiological Association) edisi
terkini.
c) artikel ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
d) artikel ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau satu (single spacing),
menggunakan Times New Roman bersaiz 12 dan berformat Microsoft Word.
e) Tajuk artikel hendaklah ringkas dan padat. Di bawah tajuk diletakkan nama penuh
penulis (Size: 18 point, Bold & Title Case & Centered), nama institusi (Size: 10 point, Bold &
Title Case & Centered), beserta e-mel penulis (Size: 9 point, Normal & Title Case &
Centered).
f) Panjang artikel di antara 3000-5000 patah perkataan atau 15-20 halaman.
- Abstrak tidak boleh melebihi 150 patah perkataan dengan menggunakan format (Italic, size 10 dan Justified) dan menulis tiga hingga lima perkataan kata kunci selepas abstrak menggunakan format (Normal, Size 10 dan Justified).
- Artikel yang dihantar perlu dibuat dalam dua bentuk iaitu salinan keras (hardcopy) dan salinan lembut (softcopy dalam bentuk email) kepada Ketua Editor seperti alamat di bawah.
- Artikel hendaklah disertakan dengan satu lampiran yang mempunyai nama penuh, alamat surat-menyurat, email, nombor telefon pejabat dan telefon bimbit penulis.
- Tarikh akhir penghantaran pada atau sebelum 31 Mei 2013.
- Artikel yang berjaya akan diberi sijil penghargaan dan senaskah jurnal BTP 2013.
Penyerahan Artikel
Artikel-artikel yang hendak disumbangkan hendaklah dihantar kepada:
Ketua Editor
Jurnal BTP 2013
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Persiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
(u.p: Ketua Sektor PPTP)
Emel: unitdata@moe.edu.my
Penerangan dan Maklumat Lanjut
Tel: 03-2081 8012 (Dr. Suhaimi)/8196 (En. Azman)/8016 (En. Arifen)/
8010 (En. Roslee)/8028 (En. Fakhrul Azman)
Emel: unitdata@moe.edu.my
Website: http://www.moe.gov.my & www.moe.edu.my
Muat Turun |
---|
Syarat Penulisan Jurnal |