e-GTukar – Sistem Pertukaran Guru


e-GTukar – Sistem Pertukaran Guru

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2014 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2013.

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri (dapatkan no. telefon di “Bantuan”).
Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan.
Sekian dimaklumkan.

Maklumat lanjut http://apps.moe.gov.my/epgo/

SARINGAN LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA INGGERIS – Tarikh pengisian data murid


SARINGAN LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA INGGERIS
PERHATIAN  :

SARINGAN LINUS 2.0 :

 

LITERASI BAHASA INGGERIS – BASELINE SCREENING

Tarikh saringan bertulis LINUS bermula dari
20 HINGGA 24 MEI 2013
Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS  bermula dari
27 MEI HINGGA 14 JUN 2013
Portal akan ditutup pada 14 JUN 2013 pukul 12.00 MALAM


**1.  Semua guru yang terlibat dengan PENGISIAN DATA MURID bagi
Saringan LINUS 2.0 ; Literasi Bahasa Inggeris Tahun 2013, perlu
         mengisi di dalam LINUS 2.0Sekolah diminta mengemaskini data
         APDM mengikut enrolmen semasa sekolah.
    2.  Ikon LINUS 1.0 adalah kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah
untuk muat turun data murid dari Tahun 2010 hingga 2012 sahaja.

Sumber : http://nkra.moe.gov.my/

TARIKH KEMASUKAN DATA SARINGAN LINUS Kohort 1, 2 DAN 3, Tahun 2012


SARINGAN LINUS Kohort 1, 2 DAN 3, Tahun 2012.

PERHATIAN :

Tarikh pengisian data murid Saringan 3, Saringan 6 dan Saringan 9.

1.  Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.

2.  Kemasukkan data BERMULA dari 22 OKTOBER HINGGA 2 NOVEMBER 2012.

     ***  proses saringan bertulis bermula dari 14 hingga 19 Oktober 2012.

3. Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.

4. Sila maklumkan kepada JPN maklumat bagi sekolah kurang murid.

5.  SEMUA SEKOLAH MESTI KEMASKINI WALAUPUN SEMUA MURIDNYA SUDAH DI ALIRAN PERDANA.

6.  Pegawai FasiLINUS di semua JPN & PPD dikehendaki menyemak pengisian data semua sekolah di bawah seliaan masing-masing.

Maklumat lanjut: http://nkra.moe.gov.my/