Perhimpunan haram: JPA akan siasat penjawat awam – Bernama

Perhimpunan haram: JPA akan siasat penjawat awam

11/07/2011 6:58pm

KUALA LUMPUR 11 Julai – Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata, tindakan terhadap penjawat awam itu juga bergantung sama ada mereka terlibat dalam demonstrasi itu secara aktif atau sekadar tidak langsung menerusi pengedaran baju atau peralatan berkaitan perhimpunan.

Sehingga kini, JPA masih belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Pemuda UMNO, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Eksekutif Institut Latihan Awam Negara (Intan) bertema “Agenda Transformasi Kerajaan: Peranan dan Hala Tuju Institusi Latihan Awam” di sini hari ini, yang disertai 250 peserta dari 364 institusi latihan awam di seluruh negara.

JPA pada 30 Jun lepas telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penglibatan pegawai awam dalam perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara. – Bernama