PERMOHONAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2013 – SPP


PERMOHONAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2013

Graduan Pendidikan tahun 2013 adalah diminta membuat permohonan jawatan melalui Portal JobsMalaysia sebaik sahaja disahkan tamat pengajian oleh Senat tanpa perlu menunggu sebarang pemakluman daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, panggilan temu duga adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan calon-calon yang disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

 Muat naik pada 06 September 2013

PELAWAAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI GURU SANDARAN TERLATIH YANG MASIH BERKHIDMAT DI SEKOLAH – SPP


PELAWAAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI GURU SANDARAN TERLATIH YANG MASIH BERKHIDMAT DI SEKOLAH

Semakan Suruhanjaya mendapati masih terdapat Guru Sandaran Terlatih (GST) yang telah ditempatkan di sekolah oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang belum mengemukakan permohonan ke jawatan PPP bagi urusan pelantikan tetap. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ingin mempelawa semua GST yang masih belum dilantik tetap sebagai PPP untuk membuat permohonan jawatan di portal JobsMalaysia (www.jobsmalaysia.gov.my) bagi memudahkan urusan pelantikan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai seperti yang berikut:

      Bagi GST yang berkhidmat di Semenanjung:

        (i)  Puan Norul Azura binti Md Amran

             Nombor telefon : 03-8871 7372

             Emel : norul.azura@spp.gov.my

        (ii) Puan Sukreeah binti Karim

             Nombor telefon : 03-8871 7370

             Emel : sukreeah@spp.gov.my

      Bagi GST yang berkhidmat di Sabah:

        (iii) Cik Jaclyn binti Gonduman

              Nombor telefon : 088-488546

              Emel : jaclyn@spp.gov.my

      Bagi GST yang berkhidmat di Sarawak:

        (iv) Encik Teng Jin Kuen

              Nombor telefon : 082-453208

              Emel : teng@spp.gov.my

 Muat naik pada 23 September 2013

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013


SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013

29 August 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN GURU BAHARU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GRADUAN IPTA dan IPGM yang telah diperaku boleh disemak di laman web KPM (klik di sinibermula 29 OGOS 2013.

Tuan/puan yang membuat semakan boleh menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

SURAT SIARAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIP


SURAT SIARAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIP

26 August 2013

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Pemakaian Kriteria Kecemerlangan  dalam urusan kenaikan pangkat TBBK bagi PPPS yang mempunyai pengalaman sebagai PPPLD di KPM bagi semua pegawai berikut:

 

3.1       PPPS Gred DG41 ke Gred DG44; dan

 

3.2       PPPS Gred DG44 ke Gred DG48.

 

Maklumat berikut adalah seperti lampiran di bawah.

 

Muat Turun
Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat TBBK Ex-PPPLD Julai – Disember 2013

PINDAAN KEPADA PEKELILING BAHAGIAN KEWANGAN (PBK) BILANGAN 2 TAHUN 1999 – PANDUAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH LEBIHAN BAYARAN GAJI/ELAUN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN KPM.


PINDAAN KEPADA PEKELILING BAHAGIAN KEWANGAN (PBK) BILANGAN 2 TAHUN 1999 – PANDUAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH LEBIHAN BAYARAN GAJI/ELAUN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN KPM.

Kategori Pekeliling Kewangan
Bil 2
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Pindaan Kepada Pekeliling Bahagian Kewangan (PBK) Bilangan 2 Tahun 1999 – Panduan Untuk Menyelesaikan Masalah Lebihan Bayaran Gaji/Elaun Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dan Anggota Kakitangan Sokongan KPM.
Tarikh 20 August 2013

TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI PENEMPATAN DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI – SPP


TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI PENEMPATAN DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi calon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan telah memohon di JobsMalaysia pada 16 hingga 30 April 2013. Temu duga akan dijalankan mulai 9 Julai 2013 hingga 18 Julai 2013. Semakan mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di sini mulai 1 Julai 2013. Calon juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak. Calon juga akan menerima surat panggilan temu duga daripada Suruhanjaya ini.

Muat naik pada 02 Julai  2013

 

HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN – SPP


HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Program Hari Mesra Pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan diadakan di Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terangganu pada 17 Jun 2013 (Isnin), dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

Anggota Perkhidmatan Pelajaran yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pelantikan dan perkhidmatan serta orang awam yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Sokongan dijemput hadir.

Muat naik pada 12 Jun 2013