Isu pertukaran guru: Diselesai cara baik – Menteri – Bernama


Isu pertukaran guru: Diselesai cara baik – Menteri

 

IDRIS Jusoh bersama atlet-atlet Kejohanan Sukan Institut Pendidikan Malaysia Ke-5 2013 pada majlis pra pelancaran SIPMA 2013 itu di Putrajaya hari ini. – BERNAMA

PUTRAJAYA 8 Julai – Kementerian Pendidikan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelesaikan isu permohonan pertukaran guru sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, kementerian memandang serius isu berkenaan dan cuba menyelesaikannya dengan cara terbaik.

“Kementerian telah mengadakan satu jawatankuasa untuk menyiasat, menambah baik dan memastikan perkara ini diselesaikan dengan baik. Kita cuba cari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pra pelancaran kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-5, 2013 di sini hari ini.

Menurutnya, masalah itu berlarutan kerana permohonan pertukaran guru-guru mencecah sehingga 16,000 setahun sedangkan kekosongannya hanya setakat 2,000 hingga 3,000 tempat sahaja.

Menyentuh, keselamatan pelajar Malaysia di Mesir, beliau berkata, mereka dalam keadaan selamat dan setakat ini masih belum ada keperluan membawa mereka pulang ke tanah air.

“Kerajaan belum buat keputusan sama ada mereka perlu balik atau tidak,” katanya.

“Kita masih mendapat berita mengatakan keadaan tidak begitu tegang sangat.

“Kalau pelajar-pelajar kita tak keluar, duduk dalam keadaan selamat, mereka masih selamat,” katanya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130708/dn_58/Isu-pertukaran-guru-Diselesai-cara-baik—Menteri#ixzz2YSP4KI70
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN TENDER PERUNDING BAGI TENDER KAJIAN NORMA PERJAWATAN, UNJURAN, DASAR PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU DAN KUMPULAN PELAKSANA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KEPUTUSAN TENDER PERUNDING BAGI TENDER KAJIAN NORMA PERJAWATAN, UNJURAN, DASAR PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU DAN KUMPULAN PELAKSANA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kod Tender
Tarikh Iklan Disiarkan 24 January 2013
Tarikh Tutup Dokumen Dikembalikan
Jabatan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
Muat Turun KEPUTUSAN TENDER PERUNDING

SISTEM PERTUKARAN GURU (e-GTukar)


SISTEM PERTUKARAN GURU (e-GTukar)

 

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Maklumat lanjut lawat http://apps.moe.gov.my/epgo/index.cfm

SISTEM PERTUKARAN GURU e-GTUKAR


SISTEM PERTUKARAN GURU e-GTUKAR

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Maklumat lanjut lawat di http://apps.moe.gov.my/epgo/ menggunakan Internet Explorer (IE).