Ibu maafkan guru besar rotan anak – Utusan


Ibu maafkan guru besar rotan anak

KUCHING 27 Feb. – Ibu kepada Nur Syadiyah Jeffery, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana yang trauma dan enggan ke sekolah selepas dirotan guru besar sekolah itu kelmarin, telah memaafkan guru tersebut.

Hazar Kamarol, 40, berkata, guru besar terbabit yang ditemani seorang pegawai Jabatan Pelajaran negeri berkunjung ke rumah mereka di Petra Jaya, di sini tengah hari semalam untuk meminta maaf di samping memberi penjelasan lanjut mengenai insiden tersebut.

Katanya, permohonan maaf itu diterima mereka sekeluarga dengan lapang dada namun dia dan suami telah membuat keputusan untuk menukarkan Nur Syadiyah ke sekolah lain kerana tidak mahu pelajaran anaknya terjejas ekoran kejadian tersebut.

“Saya faham tujuan guru besar itu baik iaitu untuk mendisiplinkan murid-murid namun saya tidak setuju cara dia menghukum tanpa usul periksa. Dalam Islam sendiri pun kita dibenarkan memukul anak-anak tetapi ada tertib dan caranya, bukan sehingga mencederakan mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130228/dn_16/Ibu-maafkan-guru-besar-rotan-anak#ixzz2MAiEf84s
© Utusan Melayu (M) Bhd

Murid UPSR dikhuatiri lemas – Utusan


Murid UPSR dikhuatiri lemas

KUCHING 15 Sept. – Seorang murid lelaki yang baru selesai menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Khamis lalu dikhuatiri lemas ketika bermain papan luncur di Sungai Sarawak berhampiran Kampung Sinjan, Petra Jaya hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10.45 pagi ketika Zulhaziq Fadhzely Randy, 12, bermain papan luncur bersama bapa saudaranya, Awang Ahmad Awang Joly, 55, di sungai itu yang terletak 20 kilometer dari rumahnya.

Difahamkan, ketika mereka sedang leka bermain tiba-tiba papan luncur itu dipukul ombak kecil menyebabkan mangsa yang juga anak bongsu daripada enam beradik terjatuh dan lemas.

Bagaimanapun, Awang Ahmad terselamat selepas dibantu oleh penduduk kampung manakala Zulhaziq dihanyutkan ombak dan gagal dikesan.

Sehingga pukul 4 petang ini, mangsa yang merupakan murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Thomas belum ditemui dan usaha mencari serta menyelamat giat dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

Anak selam tak timbul – Metro


Anak selam tak timbul

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETRA JAYA: “Adik… bangun…adik…bangunlah,” rintih seorang ibu selepas mendakwa terbayang anak bongsunya yang hilang dan dikhuatiri lemas ketika menangkap ketam di Sungai Midin, berdekatan Kampung Semerah Padi, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila Rabinah Junaidi, 53, dikatakan pengsan sebaik menerima khabar buruk menimpa Mohd Idris Roni yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi, kira-kira jam 6.40 petang.
Menurut Rabinah, sebelum kejadian, anak bongsunya baru saja pulang dari sekolah dan tidak sempat menjamah makan petang yang disediakan, sebaliknya terus menanggalkan seragam sekolah untuk melihat bubu yang dipasang di sungai berkenaan.

 

“Sebaik sampai di rumah, dia terus menukar pakaian. Saya menyuruhnya makan terlebih dulu kerana semua makanan sudah disediakan, namun memberitahu mahu berjumpa rakan.
“Hanya beberapa minit kemudian, seorang penduduk memberitahu saya, Mohd Idris lemas ketika mahu menarik tali bubu yang tersangkut pada akar pokok bakau,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di sini, semalam.
Sebelum kejadian, Mohd Idris bersama seorang lagi rakannya, Mohd Uzaed Safari, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi, ke sungai itu untuk melihat bubu ketam yang dipasang mereka, pada pagi hari kejadian.

 

 

Bagaimanapun, Mohd Idris dikatakan hilang selepas menyelam untuk melepaskan tali bubunya yang tersangkut pada akar pokok bakau itu.
Sementara itu, Mohd Uzaed berkata, ketika kejadian dia berada pada jarak 10 meter dan air sungai pasang sehingga paras pinggang.

 

“Ketika itu, Mohd Idris berkata, tali bubunya tersangkut sebelum terus menyelam. Tetapi, selepas beberapa minit dia tidak timbul sebelum menjerit memanggil namanya, namun tidak dijawab,” katanya.
Katanya, dia bergegas pulang ke rumah memberitahu ibunya sebelum memaklumkan kejadian kepada ibu Mohd Idris.
“Kami berdua cukup rapat, malah sering menangkap ketam menggunakan bubu di sungai itu. Namun, persahabatan kami tidak berpanjangan dan lebih menyedihkan apabila kejadian itu berlaku di depan mata saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Balai Bomba Petra Jaya, Terry Robson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 malam, sebelum mengerahkan 27 anggota ke lokasi itu.
“Operasi bermula setengah jam kemudian dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta penduduk kampung, sebelum dihentikan jam 12 tengah malam semalam (kelmarin),” katanya.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat disambung jam 7.30 pagi semalam, namun sehingga jam 5.30 petang, mangsa masih gagal dijumpai.

EKSKLUSIF: 8 tahun ‘terkandas’ di Sarawak – Berita Harian


EKSKLUSIF: 8 tahun ‘terkandas’ di Sarawak
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

2012/01/17

Lebih 1,000 guru j-Qaf dakwa dinafikan pertukaran ke Semenanjung

PETRA JAYA: “Jika tidak kasihankan saya, kasihanilah dua anak saya ini,” kata seorang guru j-Qaf di Sarawak yang terpaksa berjauhan dengan suami sejak enam tahun lalu akibat gagal mendapat perpindahan ke Semenanjung.