Gaji lebih tinggi untuk sarjana, PhD – Metro


Gaji lebih tinggi untuk sarjana, PhD

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (PhD) dan sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

“Ini adalah khusus bagi skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma,” katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

“Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

“Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik dan pengalaman yang dimiliki,” katanya.

Najib berkata, wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.- BERNAMA

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10

PERMOHONAN ONLINE HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) TAHUN 2013


PERMOHONAN ONLINE
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
TAHUN 2013

TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN HLP DAN CBBP TB

ARAHAN :
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

Tatacara Permohonan
1. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Permohonan ini dirbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my
2. Calon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
3. Calon-calon adalah diingatkan agar memahami tatacara dengan teliti serta memasukkan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan ditolak.
4. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
5. Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada waktu yang yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
6. Setelah mengisi permohonan secara online, calon-calon dikehendaki mencetak permohonan tersebut iaitu Borang KPM(LDP)1/2013/1A (bagi permohonan HLP) dan KPM(LDP)1/2013/3A (bagi permohonan CBBP TB) serta memuat turun Borang KPM(BT)LD 2/2010 dan SENARAI SEMAK .
7. Borang yang telah dicetak hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan melalui Ketua Jabatan bersama dengan dokumen berikut :-

a) Borang KPM(BT)LD 2/2010;
b) Satu (1) salinan kad pengenalan pegawai yang disahkan;
c) Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini yang telah disahkan. Sila pastikan kenyataan perkhidmatan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
– tarikh lantikan ke jawatan DG41/DG3
– tarikh pengesahan jawatan DG41/DG3
– maklumat cuti belajar (jika pernah diluluskan cuti belajar)
– tarikh kelulusan perisytiharan harta yang terkini;
d) Satu (1) salinan Borang Umur Opsyen Persaraan Paksa
(di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011);
e) Satu (1) salinan sijil SPM/MCE (atau yang setaraf dengannya) yang disahkan;
f) Satu (1) salinan Ijazah Pertama yang disahkan;
g) Satu (1) salinan Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan;
h) Satu (1) salinan transkrip Ijazah Pertama yang disahkan;
i) Satu (1) salinan transkrip Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan;
j) Satu (1) salinan surat lantikan ke jawatan DG41/DG3 yang disahkan;
k) Satu (1) salinan surat pengesahan jawatan DG41/DG3 yang disahkan;
l) Satu (1) salinan surat kelulusan perisytiharan harta yang terkini yang disahkan; dan
m) Senarai semak.
semua sijil atau dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan semula)

8.Permohonan yang tidak mematuhi syarat / borang dan dokumen yang tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara online akan ditolak.
9. Semua dokumen-dokumen permohonan seperti yang disebut di atas yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(up : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

Tel: 03-83217100/7144/7145/7135/7140/7138/7137/7136
Faks: 03-83217103

Klik sini untuk Maklumat Panduan permohonan

Perhatian :-
a) Permohonan online dibuka mulai 04 Jun 2012 (Isnin) sehingga 04 Julai 2012 (Rabu).
b) Borang permohonan ini hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 13 Julai 2012 (Jumaat).
c) Sila tandakan Sarjana atau Kedoktoran (mengikut peringkat pengajian permohonan) di SEBELAH ATAS KANAN sampul surat.

PERMOHONAN ONLINE

Sila pastikan anda telah membaca Pengenalan, Tatacara Permohonan dan Syarat-syarat Permohonan Program sebelum mengisi Borang Permohonan Online.
PENGENALAN PROGRAM
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN
JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK
SENARAI BIDANG YANG DITAWARKAN
BORANG PERMOHONAN ONLINE

Keterangan lanjut lawat http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm